"Belum tibakah masanya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingati Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik." [Al Hadid, 57 : 16]

Sunday, 25 March 2012

Drawing Fatal Chaos's Phoebe

Bismillah.
Assalamualaikum, WBT.



See the date? Yup, 23/11/2008, 11.50 am. Masa tu aku form 2. Dan masa tu aku memang banyak giler masa untuk dibazirkan dengan melukis kartun2 ni. Masa tuh gak aku mula kenal Fatal Chaos.. aku mula kenal Ben.


Ben, my most favourite local komikus (betul ke eja?). Aku suka gaya dia melukis orang, sangat amazingly superb! Cuma satu je yang aku just wish he change, cubalah lukis orang yang berpakaian sopan2 sikit. Aku sebagai seorang perempuan, malu laa gak untuk baca komik2 dia especially Naive dan Innocence kerana kat situ ada lukisan2 yang tak sedap mata memandang.


Apatah lagi kalau aku cakap dari aspek seorang muslim. But aku tahu dia ni chinese and non-muslim, iye.. but comic is for kids and teens and it's really unappropiate to draw girls with bikinis or practically nothing at all!


Tapi, yelah, lukisan dia memang cantik.


Anyway, Phoebe is my most favourite character in Fatal Chaos so I'd decided to draw her. Pose ni ada dalam Fatal Chaos siri pertama dan this is antara post yang paling aku suka.


Lama gak la aku nak lukis ni. Berejam! Yelah, aku ni bukannya expert sangat dalam drawing. Kalau ada model atau contoh kat depan boleh la aku tiru cantik2 tapi kalau nak lukis sendiri dengan gaya sendiri takde lah jadi secantik camtu.


Itu pun lukisan Phoebe ni bila tengok 2 3 kali, nampak macam2 flaw dia. Memanglah aku tak dapat tiru 100% sama cam Ben lukis.. itu memang takkan la.. lukisan Phoebe ni nampak keras kan? Ekspresi muka dia tu nampak sangat keras and unreal. Tak dapat potraykan apa yang Phoebe exactly feel like.


Yang ni aku lukis pakai pensel je, then aku scan. So, bahagian shading gelap2 tuh sangatlah tak sekata.


Ni masa aku Form 2. Sekarang dah 18 tahun. So, supposely aku dah improve a lot la kan? Erk.. entah lah. Makin naik setahun makin kurang aku melukis sebab study. PMR memang amek banyak masa aku.


Naik Form 4, pindah SBP. What with all the Bio, Physics, Chemistry, Addmath, and some very competiting friends.. memang macam takde langsung masa. Form 5 tak payah cakap lah.


Macammana kalau aku lukis dengan sendirinya?Gaya aku? Well, ini salah satu contohnya..



well, yaa, sangat banyak flawnye kat sini. tak terkira! and this is when I'm in form 3. so.. improvement? none at all.. kalau tak silap ni lepas PMR. bila dah lama tak melukis, jari pun keras, stroke lukisan pun kaku.


so, kena banyakkan melukis!!practise makes perfect!

Saturday, 24 March 2012

First Entry:: Featuring Gary

Bismillah...

this is my first entry.. so chances are, takkannya ada satu manusia pun yang nak baca a beginner's blog. dan aku tak recommendkan pun korang baca.. sebab biasanya first entry ni lah yg memalukan.


"kenapa 'kalaukucingbolehmenaip'?"

 

 erm.. sebab aku suka kucing. sebenarnya aku suka SEMUA haiwan termasuk ler segala creepy crawling freaks..

this is Gary the Giant Milipede.. my dearest departed pet!


itu tangan adik lelaki aku. dearest departed sebab pada satu hari, akuarium ikan toman besar abah aku bocor, jadi abah aku, yang lebih sayangkan ikan toman dia, letak Gary kat dalam akuarium bocor tu, sementara ikan toman dia letak dalam akuarium Gary. kira tukar akuarium la.. oh, kitorang bela Gary dalam satu akuarium kosong ni (takde air laa..)


the one thing you need to know about Giant Milipede is diorang ni spesies milipede yang sangat2 sensitif terhadap segala jenis bahan kimia. abah main letak je Gary dalam akuarium yang penuh bekas air ber-chlorine tuh. jadi.. esoknya..

aku :: Hello?Assalamualaikum,mama.Sihat?

mama :: Waalaikummussalam.Alhamdulillah,mama sihat.Tasneem..

aku :: Iye?

mama :: Gary dah mati..

aku :: Apa??!!!

lebih kurang macam tu lah conversationnya. manalah aku ingat sangat. aku masa tu ada kat asrama. memang kat public phone tu semua orang pandang la kut sebab aku menjerit kuat betul. memang lepas tuh merajuk betul ah dengan abah tapi pasal kat asrama, mana lah sape-sape tahu pun.


mama simpan Gary dalam peti ais. later on, Gary disedekahkan kepada makmal sains sekolah adik saya untuk diawetkan dan di-exhibit-kan kepada you all yang geli2 and takut gila2 kat a creepy crawling giant milipede.  



 Kat ceruk mana kau jumpa menatang eksotik cenggini?


Japanese Garden, Bukit Tinggi, Pahang revisited. bahana holiday package yang berlambak, aku tak ikut rombongan family pegi bukit tinggi hari tuh. rupa-rupanya, ketidakhadiran aku dengan rombongan tu ada hikmahnya sebab balik-balik je dari pahang, mama terus hulurkan topi adik aku yang tengah dia pegang sambil tersenyum-senyum. aku yang dalam kebingungan amek je topi tu. guess what? yup.. mama bagi aku Gary! katanya dia kesian aku tak dapat join sama pegi melawat bukit tinggi sebab tu bila dia nampak je Gary, dia terus teringat kat aku and culik Gary bawak balik rumah. aku memang tak ingat dunia dah time tuh. happy yang teramat. :DD


tak geli ke? kau ni tak normal kut...


 iye.. mula-mula tu geli jugak la tapi what the heck? kalau aku geli nak pegang, aku akan miss the chance untuk pegang satu makhluk yang sangat best lagi unik. heh.. rugi kut! lagipun, sejak kecik lagi aku dah memburu katak, cicak, mengkarung, dan banyak menatang lagi lah so giant milipede, why not? tak normal? ceh.. bak kata nigahiga,


"A world without weird people is like vanilla ice cream without the sprinkles.."
 ;D

kenapa Gary? 


 

sebab aku suka Runningman. Hahaha.. oh no,no,no and no. masa aku dapat Gary tu aku tak tau pun wujudnya Runningman apatah lagi hidupnya seorang orang korea bernama Kang Gary lol lol. the reason is simply because...




 yup.. sebab aku suka Spongebob Squarepants!! :)) Gary the Snail just become Gary the Giant Milipede for me.


ok. tapi apa kaitannya ulat gonggok dengan kalaukucingbolehmenaip ??


aku lagi suka kucing out of any other animals. entah kenapa. mungkin sebab kucing haiwan favourite Rasulullah SAW? atau kucinglah satu-satunya creature yang paling comel dan sentiasa comel walaupun berkurap dan boleh didapati di mana-mana. 


but, i still miss Gary..