"Belum tibakah masanya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingati Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik." [Al Hadid, 57 : 16]

Sunday, 29 April 2012

Tongue-man, korang boleh ke?

Bismillah.
Assalamualaikum..



Well, maybe I am weird, kan?

And yes, banyak cacat celanya, aku tahu. Masa lukis ni aku main cincai boncai aje sketch. Nak siapkan sebelum kena gi dapur tolong mama masak.



=========



There's no such thing as MPH booth kat Pesta Buku ek? Tapi apsal aku rasa macam pernah jumpa tahun lepas, hah? Hmm... But no worries, Gempakstars akhirnya tak sesak cam selalu! So, aku dan adik laki aku pakat borong komik laa.. and bijak betul dia tak bawak duit, kan? Baik betul aku tolong belanjakan dia. Then sempat berebut goodies bag pulak tuh!

After that, my abah n adik pergi Canon fair dekat Midvalley. (Mereka itu peminat hardcore photography) Dan... surau Mid saaaaaaangatlah jauh kut! Penat aku jalan! Takpe, niatkan setiap langkah itu sebagai ibadah dalam perjalanan nak solat, dapat pahala kan?

Anyway, pergi petang, so tak sempat datang reunion.. :(( Tengok gambar dyorg best aje.. Siap ada orang German datang amek gambar dengan dyorg! Uhuuu...

Saturday, 28 April 2012

MAK, and into Memory Lane..

Bismillah.
Assalamualaikum...




Bangunan antik KISAS, takde kat sekolah lain kan?

M.A.K Kisas = Majlis Anugerah Kecemerlangan Kisas, okeh?


Alhamdulillah, Allah bagi aku nikmat untuk terima surat jemputan ke MAK 2012 kali ini.

Alhamdulillah, Allah bagi kelapangan masa bagi abang Ayman dan Mama untuk hantar aku ke MAK pagi itu (dan kemudian balik semula sbb semalamnya aku cakap "parents tak payah datang kuuuut.. ade ke? haha)

Alhamdulillah, Allah bagi aku tiba2 jumpa baju kurung polka dot pagi itu yang adalah jugak warna biru untuk matching tema MAK (walaupun xnampak sangat birunya).

Alhamdulillah, Allah bagi aku jumpa beberapa orang sahabat aku yang semuanya chantek2 dan insyaAllah diredhai Allah belaka.. :)

Dan Alhamdulillah, aku selamat pergi dan balik dari MAK.


The Sweet bits ^-^


Some of my Sahabat... ayu kan semuanya? Ohoo... (amek dari fb syue :)

Miss them a lot! And although the typical "Tengok aku ni, dah gemok kan?", semuanya aku nampak.. biasa je. Actually, tak berubah apa2 pun. Yelah, bukannya korang dah kahwin ke.. ada anak ke.. itu barulah rupa dah berubah, ye idak?

Eh eh, tapikan, ada orang tu dah pakai cincin berbatu! *winkwink* Dan ada gak yang dah pakai cincin belah rotan.. uhuuuu... betul ke tiruan? Saje tak nak orang kacau? Eheh.. nak berahsia pulak. Takpe, kita tengok sape kawen dulu yee... haha..

Dengar Pengetua bagi ucapan.. Segala 'kemenjadian', 'kulluhum ajma'in', suara beliau, semuanya menggamit memori.. cewaaaah! Teringat peristiwa panas di pejabat pengetua time SPM dulu.. hoho..

Lagi, pidato dari ex-kisas itu. Best (!) dan.. "Dulu kerja saya suka membangkang. Semua saya nak bangkang. Siap hantar surat, memo pada pengetua nak bangkang itu ini.." DUSH.. DUSH... DUSH.. hahaha.. tapi, satu kata2 beliau yang buat aku rasa seram lagi menyeramkan.. 

"Biarlah kita ini menjadi produk KISAS yang baik, sempurna... menunjukkan yang inilah generasi yang KISAS telah hasilkan dan apa yang akan tetap dihasilkan."
Erk.. um.. hee~

 InsyaAllah, kami semua akan berusaha untuk menjadi ALKIS (ALumni Kolej ISlam) yang baik2 dan membawa nama baik KISAS di mana sahaja kaki kami berpijak.. insyaAllah, kami sedang berusaha..

"Ya Allah, tetapkanlah hati kami pada agama-Mu, pada ketaatan terhadap-Mu, pada jihad di jalan-Mu.."

Hadiah? Dapat hadiah apa? Hehe.. hadiah kami mestilah yang branded2.. kan? *angkat2kening* Allan D'Lious Germany tuuuu..

Ok2, aku tahu. Bersyukurlah, at least kau dapat the honour of standing on the stage, dapat pergi MAK. Kena ingat, ada sahabat2 kau yang kau bisikkan 'uhibbuki fillah' kat telinga dyorg tiap2 kali habis solat jemaah, yang tak dpt pun kesempatan untuk pergi MAK ini.. Tau tak dyorg nak sangat pergi MAK ini?

So, Alhamdulillah... Thank you Allah.





The Bitter bits.. ^^"

source


Surrounded by A LOT OF boys.. masa tengah beratur. Hanya boleh tersenyum hopelessly sambil mencebik pandang kawan2 yang tengah gelakkan aku. Ceh... Ugh.. don't really wanna talk about it.

Ada sorang budak perempuan chumell tertumpahkan air orennya kat tudung PUTIH dan baju kurung aku masa jamuan selepas MAK. Takpe adik, nasib baik adik chumell. Sebab itu akak tak kesah pun.. sinki kan ada? Macamlah tak biasa tudung tertumpah something kan? Tapi, kalau adik tak chumell..... tempah bala laa..!! haha, takde lah.. aku ni memang jenis tak kesah.. (kalau yang tertumpahnya sambal lain citer..)


Anyway, bittersweet memories are the best, right? Cherish it, don't perish it.





and here where it all happened...









haha..
 Menggamit memori...... (baca dengan nada trademark klasik nasional)


=========


Exclusive for my sahabat: Saya akan jumpa kamu, kamu dan kamu semua esok ye.. Jangan borong buku banyak2! Saya akan bertapa dalam booth MPH aje kut, cam biasa.. haha.











Thursday, 26 April 2012

Bosan.

Bismillah.
Assalamualaikum..

Nak buat tak?

Kat rumah aku takde lah benda ni...

Tapi, dalam bilik ada sketchbook.

Atas sofa ada Bamboo..

So, boringkan?

....


hehe..

Wednesday, 25 April 2012

Semakin rapat, Semakin sopan :)

Bismillah.
Assalamualaikum..



Klik untuk lebih jelas.

Hoho ^^, ini aku.. korang amacam? Makin sopan, or makin sempoi? :)


Sebenarnya ini kali pertama aku mewarna guna komputer. Jadi, sebarang ketidakcantikan harap sangat di-tak-peduli-kan. Aku guna Autodesk Sketchbook. Dan... aku jugak guna Bamboo!

Cara guna Bamboo
Inilah Bamboo..

Bamboo ni abang aku punya. Lukis kat dia punya pad, and then image keluar kat skrin komputer. Power tak? Haha... tapi punyalah susah nak biasa guna benda alah ni. First time aku melukis guna Bamboo ni, buruk gila! Pastu, tiap2 hari berlatih, alhamdulillah, semakin improve..


Tapi komik atas ni aku lukis guna tangan. Lepas scan, baru aku guna Bamboo nak warnakan. Best!!!


My Masterpiece yang buruk..

Inilah hasil kali ketiga aku melukis dan mewarna dengan Bamboo. Nampak tak berapa cantik, kan? Sebab aku masih nak biasakan dengan benda alah Bamboo ni.


Jangan tanya aku kenapa nama dia Bamboo. Mungkin pencipta dia suka minum air tebu? Haha.. eh, tebu tu sugarcane, bamboo tu buluh.. ok, mungkin pencipta dia suka makan lemang? :P

Monday, 23 April 2012

Would you call me a hypocrite?

Bismillah.
Assalamualaikum.





Hai, nama aku Popo. Aku budak sekolah agama. Akulah si tukang bagi tazkirah kat surau. Tapi, rahsiakan something untuk aku ek? Aku tak buat pun apa yang aku seru2 dalam tazkirah aku, not all of it. Sebab aku tak termampu. Rahsiakan jugak yang aku ni ada dosa2 aku tersendiri. Aku ada couple. Aku nak clash dengan dia ni tapi aku tak tahu macammana. Bila orang datang kat aku mintak nasihat tentang cinta, lancar aje aku bagi, tapi, nak apply tu.. aku sedang berusaha. Lagi, rahsiakan jugak yang aku ni selalu aje kata berontak macam2 dalam hati bila kawan ajak baca al-mathurat, al-mulk, dengar tazkirah, baca solusi... tapi luaran, aku senyum macam orang baik dan ikut dyorg buat baik. 


Aku seperti ada dua personaliti. Double-standard. Aku bagaikan pakai topeng keimanan. I put on my faith like I wear a disguise. Depan orang aku baik, dalam hati aku jahat. Tapi, aku mengharap dan berdoa yang by always being the ‘good’ me, it’ll terminate the ‘bad’ me.


Tapi aku takut. Takut orang akan kata apa kalau mereka tahu siapa aku sebenarnya. So what if you knew about all that I do? The things that I think, the me that is true? Apa reaksi korang?


Would you call me hypocrite? Call me a liar? Would you curse out my name? Would you damn me to fire? Would you know what to say? Or would you just walk away? Afraid the me I’ve tried to hide, would too closely resemble the truth of you that lies inside?




============ 






Hai, nama aku Momo. Aku budak sekolah menengah biasa. Akulah si troublemaker, tukang ponteng kelas pergi dating dekat mall. Tapi, rahsiakan something untuk aku ek? Sejak umur aku makin dewasa ni, aku makin tertanya-tanya tentang hala tuju hidup aku. Aku tak pandai, aku tak alim. Apa aku nak jadi besar nanti? Aku mula tertanya-tanya pasal Tuhan. Aku tahu solat itu wajib, tapi aku still tinggal. Aku ada Al-quran atas rak, tapi honestly, aku  dah lupa macammana nak baca kitab itu. Hati aku selalu resah bila aku berdating dengan bf aku. Betul ke apa yang aku buat ni? Aku tak nak sekadar ikut trend hidup terkini. Dan hati aku teramat sayu bila dengar adik aku darjah lima pandai mengaji Al-Quran. Tapi, aku still dengan diri aku yang otai ni.


Aku seperti ada dua personaliti. Double standard. Aku berlagak sempoi dan otai, tapi mata aku selalu melirik ke arah budak2 bertudung labuh yang keluar outing. Hati meruntun nak jalan2 dengan dyorg. Tapi, apa kata kawan aku nanti kalau aku luahkan isi hati aku kepada mereka? So what if they knew about all that I do? The things that I think, the me that is true?


Aku nak sangat tanya kawan2 aku. Korang tak rasa ke apa yang aku rasa? Apa reaksi korang kalau aku cakap aku nak pakai tudung, nak belajar tentang agama? 


Would you call me a hypocrite? Call me a liar? Would you curse out my name? Would you damn me to fire? Would you know what to say? Or would you just walk away? Afraid the me I’ve tried to hide, would too closely resemble the truth of you that lies inside?



==============





Adakah kisah hidup hipokrit korang seperti Popo atau Momo? Atau something else? Hey, everyone’s a hypocrite, one way or another. We tend to be good, to live up to everyone’s expectation. 


Dan kenapa kita suka menghukum orang yang kita label sebagai hipokrit? Tak sedarkah kita yang pada diri orang yang kita kutuk itu, terdapat secebis diri kita di situ?


Take Popo, as example. Siapa berani angkat tangan nak mengaku dia tak pernah rasa apa yang Popo rasa? I’m talking about rasa malas nak buat baik, rasa beban nak baca al-mathurat, al-mulk, bagi tazkirah dan lain2. Jadi, kenapa kita nak kutuk orang yang sibuk seru kepada kebaikan tetapi tak buat kebaikan yang dia seru itu sepenuhnya, sedangkan, sebenarnya diri kita pun sama aje dengan orang yang kita kutuk itu. 

 
On the other hand, see Momo as yourselves. Tak pernah ke korang rasa nak dekat kepada Allah? Admit it, you had. Tapi seperti Momo, korang tak berani nak suarakan. Sebab takut dituduh hipokrit. Dicop sebagai ‘ustazah’.  Spekulasi masyarakat sekeliling inilah yang melemahkan kita2 yang baru nak dekat pada fitrah kita, iaitu Islam. Tanpa bimbingan, pasti kita2 akan jatuh menyerah kalah pada spekulasi masyarakat. 

Pelikkan? Bila kita sibuk mengutuk orang yang kita ingatkan baik tapi diri dia tu bukannya baik sangat pun, sedangkan kita tak sedar yang dengan mengutuk orang itu, kita ini bagaikan perasan lagi baik daripada orang itu, tapi sebenarnya we're as much as hypocrite as they are.

Ironikkan? Bila kita sibuk mengutuk kawan kita yang dulu2 sama satu kepala dengan kita buat jahat, sekarang nak berubah jadi baik, sedangkan kita saja deny yang deep inside, kita pun pernah terdetik untuk berubah. We're as much as hypocrite as they are.



Jangan hukum orang yang hipokrit, kerana kita pun sama2 hipokrit, one way or another. Instead, bagi kata2 dorongan kepada mereka bukan kata2 ejekan dan umpatan. 


Hai, kawan2... Banyak sangat ke pahala kita sampai kita sanggup nak buat dosa menyebabkan seseorang itu berpaling dari mengikuti cara hidup Islam yang sebenar? Kawan jenis apakah kita kalau kita sanggup melemahkan malah mengutuk  kawan2 kita yang Allah dah ketuk pintu hati mereka nak berubah? Apa ruginya kita kalau mereka berubah? Fikir-fikirkanlah…


Ok, ada yang dah perasan dan tak kurang jugak yang tak perasan langsung. Tulisan yang aku boldkan dalam dua cerita contoh di atas tu merupakan lirik kepada lagu ‘Will you hate me’ by Dawud Wharnsby Ali. Actually, disebabkan lagu inilah, aku mula terpikir kenapa aku dan kita2 semua bencikan hipokrit, sedangkan diri ini pon hipokrit. Lagu ni buat aku menangis tiap2 kali aku dengar. 


Dan sebenarnya, sebelum tulis entry ni, Allah bagi dorongan kepada aku untuk tulis pasal hipokrit. Contohnya, baru aje aku nak tekan butang ‘new post’, ternampak kawan aku ni baru post entry bertajuk Hipokrit gila eh?


Pastu Angel Pakai Gucci update post dia yang bertajuk Mahu Jadi Tinja..? Eeewwwww! Betul2 pada saat aku rasa macam tak naklah buat post dakwah lagi…


Then, bagaikan cliché gila, ada lagi satu blog baru post entry bertajuk Hipokrit, Usrah dan Photoshoot. 


Sekali lagi, setelah meremang bulu roma aku dengan segala ke-eksiden-an ini, aku jumpa lagi satu blog yang entrynya bertajuk Bukan Hipokrit.


Jadi? Allah memang dah aturkan segala2nya dengan sempurna. Alhamdulillah, Allah masih sayangkan saya..


Ok, ok. Akhir kalam, dengar dan hayati lagu ini ya? Lembutkanlah hati kamu untuk menangis..


image source

Sunday, 22 April 2012

Cover Kalkulator :) ft Siv Under18

Bismillah.
Assalamualaikum..:)


Siv dlm Under18



Apa itu cover Kalkulator? Ecece... macamlah korang tak tahu. Kalau korang tak buat, mesti kawan2 korang ada buat, kan? Ada yang letak stickers la, gift wrappers la... macam2 lagilah. Ada jugak yang tak letak apa2. Simple. Ada yang terlebih creative letak gambar dalam skrin kalkulator!


Aku pulak? Aku suka kalau nak buat something tu, aku buat sendiri. Cam kad raya, aku buat sendiri. [Nak jimat duit sebenarnya] Kena2 pulak masa tu tengah syok dengan Under18, walaupun masa tu ramai kawan tengah angau drama korea.  Jadi aku buatlah cover atas ni.


Kalau adik lelaki aku tu, dia conteng guna marker. Bajet pandai buat grafitti sangatlah, sekali buruk. Haha, dah aku pulak rasa kesian dengan dia (baikkan aku?) Jadi aku buatkan cover untuk dia, aku lukiskan Naruto.


Ok. Tu je. Wassalam.

Friday, 20 April 2012

Aku terlebih curious :P

Bismillah.
Assalamualaikum.. :)




Hai kawan2! Ok, aku kan orang yang baru berblogging. Tengok blog sendiri pun tak banyak apps. Haha, sebab dynamic view tak boleh letak apps. Aku pasrah je, lagipun aku agak tak minat dengan apps2 ni. Ops, repharse, 'aku agak MALAS dan TAK TAHU nak tambah apps2 ni'. Haha..

Tapikan, semalam aku curious tiba2 dengan segala ceruk dalam blogger.com ni. Jadi aku tekan setiap butang yang ada. Arakian, aku sampai dekat settings. Pastu tiba2 aku ternampak settings url blog aku. I was like.. eh, boleh tukar url blog ke? Kalau tukar, url lama jadi apa? nanti blog rupa baru ke kekal rupa lama? Nnti mcmmana dengan followers? Post2 aku dulu nanti terdelete ke tak? Dan macam2 lagilah soalan yang terlintas kat fikiran aku ni.

Aku tersangatlah curious tentang what's going to happen if I change my blog's url sehinggakan aku decide aku nak cubalah. NAK CUBALAH. Hehehe...




So, aku cubalah! It's that simple! Haha..


Rupa2nya, blog aku still sama je. Takde yang di delete. Cuma kalau orang nak masuk blog aku guna url lama, nnt dia ckp blog tu tak exist dah. Aaaaaa... aku sedih kut. Aku tak tahu lah camne dengan followers aku yang tiga orang tu.. ape nasib mereka bila nak masuk blog aku ek? [yup, aku ada tiga followers je.. ala, beginners kan?]

Sorry Aina ^^"

Curiosity kills the cat, and for kucingmelukis, it didn't just happen once.. 

 

Satu hari, aku ter-delete segala comment kawan2 aku dekat blog aku. Haha, seriously TERDELETE. Cer korang tengok post aku yang ada comment. Semuanya nanti ditulis, this comment has been removed by the blog admin.. entah hape2 ntah dia cakap lagi. Yang ni, aku betul2 menyesal. Haha..




Again, sorry kengkawan sekalian. Sorry kerana ketidakpandaian aku dalam berblogging dan ke-hentamseromo-an aku bila meng-klik sesuatu dan ke-curious-an aku dalam memusnahkan sesuatu. Haha.. itulah aku.

Thursday, 19 April 2012

Doa Ketika Hujan Turun

Bismillah.
Assalamualaikum..



Semenjak dua menjak ni asyik hujan, kan? Asal tengok langit, mendung. Kalau tak mendung, panas bahang nak hujan. Ya.. Malaysia sekarang tengah musim hujan. Ke Selangor je? 

Dan apekehalnye pun kalau hujan? Well, satu petang ni, hujan turun dan kebetulan saya tengah bertapa atas katil mencari ilham nak lukis apa. And then teringat satu tazkirah zaman KUSISS dulu, 
 
Berdoalah ketika hujan kerana waktu itu doa mustajab: “Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan”.
(HR. Hakim/dishahihkan oleh Adz-Dzahabi ).


Waktu hujan adalah salah satu waktu mustajab untuk kita berdoa! Semua orang tahu, kan? Tapi tak semua yang hafal doanya walau seciput aje doa tu.  Dan selepas itu, korang berdoalah hajat korang yang lebih seribu satu segala bagai tu.

Ya Allah, jika Jordan merupakan rezeki aku dan yang terbaik bagi aku, maka Kau permudahkanlah jalanku kepadanya,
Dan jika Jordan itu bukan rezeki aku dan bukan yang terbaik bagi aku, maka Kau berikanlah apa yang terbaik bagiku dan permudahkanlah jalanku kepadanya serta kurniakanlah kepadaku hati yang redha untuk menerimanya seadanya...



Dan selepas hujan ada doa gak.




Kami telah diturunkan hujan dengan limpah kurnia dan rahmat daripada Allah.

It's true that it's sometimes sucks when it's raining. Astro takde siaran, nak keluar nanti basah, jalan jam, banjir, atap bocor, ... tapi, ada kebaikannya gak kan?





Then again, kalau kilat dahsyat gila kat luar sana, kena tutup komputer jugak kan? Hahaha.. anyway, it's one of the waktu mustajab untuk berdoa, so berdoalah dengan sepenuh hati seperti seorang hamba meminta kepada Tuhannya Yang Esa..

Dan jom mandi hujan! :DD








Sunday, 15 April 2012

Kawan Sep sep tom tom dulu2.. :)

Bismillah.
Assalamualaikum :)






Sejak beberapa hari ni, aku takde mood langsung nak melukis. Tapi takkan nak biar blog kosong saje kan? Jadi, aku resort to menaip ajelah sambil berkubang depan laptop ni menunggu bila MARA nak kasi durian runtuhnya..

Meh aku nak cerita sikit. Hari sabtu lepas ada Majlis Hari Anugerah Pelajar Cemerlang Dun Meru. MHAPC... sounds lebih grand kan? But for me, hari tu lebih kepada reunion jejak kasih mencari kawan2 sekolah rendah dulu.


Masuk2 je dewan rakyat tu, terus jumpa kawan2 lama. Ohoo.. dah besar2 dyorg!! Tapi bagi kami pompuan ni, tak banyak sangat tumbesarannya, but as for the guys... mangai, aku rasa ada yang rupa macam bapak orang pun ada. Simply, wow!




Tapi aku ni jenis yang agak pendiam laa bila berdepan dengan orang2 yang jarang aku jumpa ni. Jadi depan dyorg kawan2 lama aku nih, aku tak banyak cakap sangatlah. Sorry ek kawan2? Kalau dengan kawan2 aku yang dah sedorm sekatil (double decker ye..) sepermainan tu.. aku borak lepak2 aje..

Lagi satu hal, dengan lelaki lagilah aku tak tegur. Sejak masuk sekolah yang lebih beragama ini.. heh, nah la aku bagi namanya: KISAS, aku makin jaga bab2 pertuturan dengan lelaki. Alhamdulillah..

Tapi takde lah sampai tak layan lelaki langsung! Itu satu masalah gak. Aku tahu bagi budak2 sekolah agama ni, kami ada masalah sosial dengan lelaki sikit kalau kat dunia luar tu. Ramai kawan2 aku yang gerun nak hadapi dunia universiti, takut tak boleh nak adapt dengan baik dengan situasi di sana. Takut cultural shock sangat. Takut dengan apa yang kami amalkan di KISAS ini rupa2nye kami amalkan kerana akak2 senior suruh, warden suruh, peraturan suruh. Bukan kami yang betul2 nak.

Aku bersyukur jugak aku ni bukanlah tergolong dalam orang yang tak reti langsung cakap dengan lelaki, sebab sebenarnya dulu2 aku ni tomboy. Haha... sekarang tak dah. Aku lebih prefer untuk tak cakap dengan laki. Buat apa? Kawan2 perempuan kan ramai? Untuk hal2 penting aje aku berborak dengan kaum tak sejantina dengan aku ni..

Apa? Kawan2 perempuan banyak yang tikam belakang? Inilah masalahnya dengan perempuan.. Sebab itu wujudnya ilmu: Pilih kawan betul2. Dan sebab itulah aku tak jaja my personal problems dekat every girlfriend yang aku ada. Aku hanya share pada the one and the only yang aku tahu dia takkan bocorkan rahsia aku.. Hai Shasya!! ^^


For you backstabbers dan peringatan kepada kita semua yang entah bakal jadi backstabbers:



"Indeed, Allah defends those who have believed. Indeed, Allah  does not like everyone treacherous and ungrateful."
"Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur."
[Surah Al-Haj, 22:38]


Siapakah backstabbers sebenarnya? Bagi aku, golongan ni bukan saje yang merampas pakwe orang, like most would define it, tapi mereka juga adalah orang yang mendengar masalah kita, cakap baik2 depan kita, and then belakang kita, jaja masalah kita and kutuk2 mengumpat kita balik for the sake of being acknowledge or being terkenal or being able to 'oi oi, aku ada cerita sensasi nak bagitahu korang' like kempunan limelight sangatlah sampai sanggup pecahkan rahsia kawan sendiri. This is the worst backstabber of all.

Doakan aku dan kita2 semua dijauhkan dari tergolong dalam golongan di atas, ya? Amiiin...

Anyway,,



Inilah antara kawan2 sep sep tom tom sekolah rendah dulu.. Semuanya cemerlang2 belaka :) Mun, ni cilok dari fb kau tau!! ^^

"Marriage, having children, meetings and separations, those can happen again, and again. But your school days will ever only happen once. Good or bad, those bittersweet memories will remain with you forever.
Class dismissed!"

[Under 18 : End of Fear] 

Monday, 9 April 2012

Piang

Bismillah.
Assalamualaikum.

His name is Piang, shortcut for BodohPiang.


Start: 2.36 pm 9/4/2012
Done: 4.36 pm 9/4/2012

Hari ni, tak pasal2 aku takde idea langsung nak lukis apa. Bila start lukis yang itu, takde mood, padam. Start lukis yang ini, padam. Last2, aku lukis perasaan aku time tu, perasaan macam orang bodoh nak pikir idea gempak tapi tak keluar2 idea. Aku lukis ni gak dengan sikit reference dari Kijiya 01 karya Zint dan gambaran dalam otak aku of Si Kosong dari Lawak Kampus karya Keith.

Aku pun tak tau apa yang korang nampak: Si Piang tu terkedek2 nak keluar idea sambil pandang atas, atau Si Piang nampak something dan tunjuk ke atas. Aku sendiri pun tak pasti.


Anyway, aku decide, aku tak nak pekatkan outline dia dengan pen basah hitam. Entah, tiba2 rasa cam guna pensil lagi best.

Hope you enjoy!!

Friday, 6 April 2012

My Best Sahabat!

Bismillah.
Assalamualaikum.


Original pose oleh AX dan Jimi dalam Underage, "Kami adalah peminat setia Rider Matahari!"



Pffftt...pfffft.... buahahahaHAHA!! Memang tak boleh tahan gelak bila tengok lukisan ni. Bayangkan kalau aku betul2 buat pose cepumas tu dengan my best sahabat. Aku pun tak tahu kenapa kepala aku boleh masuk angin sangat sampai terpikir nak lukis cenggitu.

Nurul Syahira binti Amir Khan, my best sahabat. Pertama kali jumpa dia masa form 2. Aku memang tak kenal dia pun masa form 1. Takleh blah, kan? Dah setahun pun tak kenal2 lagi satu batch.

Masa form 2, aku duduk sebelah dia. "Siapa dia ni, hah? Tak pernah nampak pun.." tapi aku diam2 je lah. Tak lama selepas tu aku pun tahu nama dia.

"Ayah kamu India ke?"

Yup, aku memang betul2 tanya soalan cepumas tu. Dan dia menggeleng. "Taklah. Melayu je." Nak cover malu, aku terus pandang depan buat2 baca buku.

Dia duduk sebelah kiri aku. Sebelah kanan aku ada seorang gadis BESI bernama Nur Aqidah. Depan aku, ada tiga orang lelaki: Acap (Asyraf), Bibul (Habibul), dan Faiz.

Dan entah bila start, kitorang berenam dah jadi satu geng kamcing. Kalau berborak, satu kelas dengar. Oh, did I mention yang kitorang ni sekolah agama? Maka, banyaklah kontroversi dibisik-bisikkan oleh mulut2 yang jealous dengan kekamcingan kitorang. Seriously, buat apa nak jealous? Join je lah kitorang.. meh kita kecoh satu kelas. Bukannya kitorang couple ke hape, just berborak antara classmates.

Dan entah bila jugak aku start panggil dia, dengan Shasya. Dan aku betul2 terbiasa dengan panggilan tu, sehinggakan.. di sebuah makmal komputer..

"Assalamualaikum, Sir. May I see Shasya, please?"
"Shasya? Who is Shasya?"
Satu kelas dah gelak terbahak-bahak. Muka Shasya merah habis.
"Oh, erk. Syahira."

Maka ditakdirkan Sir Mostam orangnya amatlah suka kenakan anak2 murid dia. Lepas tu, memang setiap kelas English, Sir saja2 panggil Shasya dengan "Sssshaaasyaaaa..." *penuh 'bernada'* Memang betapa banyak kali aku mohon melutut (hiperbola) mintak maaf dengan dia pun aku still rasa bersalah.

Cakap pasal bab kenakan orang ni, teringat satu hari tuh aku dan dia pergi belakang dewan yang gelap tu masa kelas prep dalam misi mencari cicak. WHAT? Iye.. ini operasi nak mendajalkan 'seseorang' itu. Tapi, cicak2 di sana amatlah licik. Semuanya melekat kat siling, takde sekor pun kut2 sengal sikit nak turun bawah ke. Dan malangnya kitorang takde getah sayur nak buat lastik. Baru aku tahu cicak ni rupa2nye tak ada otak gak.

Kalau korang kenal dia, korang takkan terpikir pun someone like her boleh berkawan rapat dengan aku. Sebabnya aku dan dia, macam tujuh petala langit dengan tujuh petala bumi! Jauh beza gila! Tapi, yelah... antara kedua2nye, ada 7 petala cinta, ye tak? (OK, aku tak pernah tengok citer tu)

Dia, sempoi, cool, happy-go-lucky, gaya cakap mengalahkan lelaki! Aku? nerd, pendiam, skema, 'anak cikgu', dan sewaktu dengannya. Macam air dengan minyak kan? Sekali dengar memang takkan kamcingnya kami berdua ni. Tapi, bak kata abang aku masa tengah nak bancuh yeast nak buat roti pizza,

"Apa namanya kalau air campur minyak?"
"Mana boleh air campur minyak.." aku jawap.
"Boleh..," dia kacau laju2 solution air+minyak tu, dan aku, dengan riak penuh batak, nampaklah rupanya air+minyak,
"Ini lah orang chemist panggil 'hydrocolloid'. "

Jadi aku dan dia adalah bagaikan hydrocolloid mixture..




Good times never end.. ye ke? Awal tahun form 4, aku dapat tawaran pindah SBP. Punyalah aku mogok 3 hari kat rumah tak nak pindah, tapi Mama Abah tetap kaunseling aku bertubi2 suruh aku pindah.

Teringat, balik2 sekolah je, bila kawan2 semua tanya dapat tawaran sekolah mana, aku serius rasa nak meleleh aje. Tension kena kaunseling kat rumah, tension nak kena tinggalkan dia.

Aku pindah aje masuk SBP tu, aku terus berubah. Wohoo.. dulu aku budak skema, 'anak cikgu' dan bla..bla.. lagi, kan? Now... ceh, takdelah aku jadi budak troublemaker ke hape, aku just berontak tapi taklah gempak satu sekolah tahu. (Dulu... takde main2 aku-kau camni, dulu skema habis guna saya-kamu...)Tapi, sekejap je pun aku berontak gila2, lepas tu, aku mula redha dengan kenapa Allah campakkan aku dari sekolah agama ke sekolah yang lebih beragama ini..

Tapi, seriously, aku rindu gila dengan dia. Tiap2 kali aku ada masalah nak luah, aku teringat dia. Aku tak boleh luah kat orang lain selain dia. So, aku menjadi seseorang yang bak kata Bella si awek Edward, "I'm more of a suffer-in-silence type of girl" (Aku juga bukan peminat twilight, aku peminat Ip Man, Ong Bak, Fast and Furious, Texas Chainsaw Massacre dan movie2 dalam geng camtu)

Tiap2 kali aku gelak, aku teringin nak gelak sama2 dengan dia. Tiap2 kali aku nangis, aku kempunan nak peluk dia. Tiap2 kali aku nak kenakan orang, aku pergi cari cicak.... :) dan tiap2 kali aku dapat tarbiyah kat sini, aku nak dia dapat tarbiyah yang sama.

Aku risau, aku dengar kat sekolah lama, keadaan dah makin 'teruk'. Ramai yang dah bercouple. Aku risau dengan dia.

Doa yang paling mustajab adalah doa seorang sahabat kepada sahabatnya tanpa dia tahu.

Selepas SPM ni, aku tepon dia, 3 jam kami berborak (habis berkajang bil Abah kena bayar, "Orang yang cakap sampai berejam ni budak couple je".. aku balas," Abah jangan tak tau, dua orang pompuan yang dah lama gila tak berborak, kalau sekali dapat berborak tu..ehem.. sebenarnya nak sambung lagi sampai 4 5 jam..")

Dan dari panggilan telefon itulah, aku tahu doa aku dah dimakbulkan ALLAH.. Alhamdulillah..

Kenapa 'My Best Sahabat' bukan 'My Best Friend'?

Sebab dia seorang yang ada waktu aku gembira, dan ada waktu aku sedih, tegur aku bila aku salah kerana nakkan aku betul. Itu Sahabat, bukan Kawan yang ada waktu gembira, hilang waktu sedih, dan terus biarkan kawannya suffer dalam kejahilan.

OK, kami bukanlah sahabat yang perfect sangat. Nak kata tiap2 kali buat salah, nak tegur tu.. adalah gak sometimes lepas tangan. But, we're moving closer to being a SAHABAT. Itu yang lebih penting..


She's My Best Sahabat, yang sangat susah nak dicari..


Uhibbuki fillah, Saya Sayang Kamu Kerana Allah..




oh, dia entah2 tak tahu pun tentang blog ni.. sebab tu aku berani tulis entry ni. ;)

Wednesday, 4 April 2012

Drawing Vanness Lawak Kampus

Bismillah.
Assalamualaikum.

Vanness

Aku selalu teringin nak lukis lelaki berdiri gaya sempoi. Dalam Kuso High School karya Keith, aku jumpa lukisan Vanness ni. Dan aku terus buat lukisan tuh sebagai reference. Maka terhasillah karya di atas.

But still, ada kelemahan yang aku nampak. Lipatan baju yang tak real, dan kaki kiri Vanness yang bengkok tu macam pelik sikit. Jari2 dia pun, yang aku habiskan paling banyak masa kat situ, nampak pelik gak. Kasut dia.. hadoi, menyedihkan.

Anyway, the original yang Keith lukis lagi cantik. Siap ada kucing lagi (which aku malas nak lukis).


The Original

Lebih banyak kali korang bandingkan the original dengan my version, memang nampak banyak gila flaw dalam my version. Aku perasanlah kan, tiap2 kali aku lukis, atau tiru lukisan orang, mesti lukisan aku tu, orangnya terlebih tembam. Kenapa eh? Entah.. 

Tuesday, 3 April 2012

Drawing 3 Nerd Kittens

Bismillah.
Assalamualaikum.



Done March 30 2012.

Alhamdulillah akhirnye siap pun melukis tiga ekor kucing ni. Nampak macam senang tapi, perh, lama kut nak cari idea design kucing ni. Seriously, banyak kertas membazir buat sketch cari idea.Masihkah anda ingat pada gambar budak nerd ni?



Haha.. sedang aku masih lagi tak habis2 admire gambar ni selepas aku habis lukis nerd pashmina tu, tiba2 aku dapat satu pencahayaan agung. Specs=cute. Kucing+specs=.. super cute!! Wahaha.. maka mulalah sketchbook aku dipenuhi dengan sketch kasar nak mencari design. So, after masa yang agak lama lah, aku come up dengan sketch ni..



Jadi, aku pekatkan outline dengan pen basah hitam. And after that, tiba2 tangan aku menggatal nak colourkan benda ni. Aku yang sedar aku ni tak pandai mewarna, mulalah mengambil marker2 warna-warni aku, dan warna kucing2 nerd ni mengikut taste colour aku yang sangat tak boleh pakai. Dan resultnya...



Ughh.. memang taste aku teruk dan skill aku mewarna lagilah teruk. Jadi, aku decide, version yang hitam putih yang aku nak display awal2. Yang ni... peringatan, jangan mewarna lagi. At least not with marker, and after you've got some sense of matching colour. I mean, really, kucing hijau?Perh..