"Belum tibakah masanya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingati Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik." [Al Hadid, 57 : 16]

Sunday, 27 May 2012

Eh eh.. kata bestfriend..

Bismillah.
Assalamualaikum...

Jawap cepat! :)


Hawugah! Hari ni aku nak cerita satu cerita best kat korang. Betul best!!

Cerita pasal dua orang sahabat baik.. sorang nerd botak, sorang cantik ayu. Camne mereka boleh jadi bestfriend? Meh baca blog di bawah.

Oh.. lupa nak bagi tau. Nerd botak itu abang aku..haha.
Baca tau! Memang best! Dalam entry blog abang aku ni, korang akan nampak yang budak nerd akan jadi hensem bila besar. HAHAHA..






Okeh, dah baca? Best kan? Kelakar? sweet? Hahaa..

Penghujung entry itu maseh ada statement yang menyatakan pasal mereka ni bestfriend forever, kan? Oh well.. memang forever pon.

Bestfriend Forevernya sampailah dua hari lepas aje... kenapa? Mereka bergadoh? Hurm,, iye.. abang aku cakap memang mereka pernah bergaduh. Kenapa bergaduh? Bergaduh pasal hal nak masuk meminang bila.

Hahaha..

Yup, dua orang sahabat baik tu akhirnya berjaya bertunang 26 Mei 2012 yang lepas. Nak nikah bulan 12 ini. Uhuuu.. sweet? Told ya macam novel kan?



"Eh.. ni tak boleh rapat2 sangat! Tak kahwin lagi!"

Maka ada seseorang yang dipaksa berdiri tengah2 di antara dua sahabat baik itu.. haha.

Saturday, 19 May 2012

huh...huh...HUH.. *sigh*

Bismillah..
Assalamualaikum..



Messing with html is like watching Ju-on coming out from your tv, it KILLS people!

I've changed my blog's layout!
and it took 2 days (and counting..) of pains and pure suffering to do that..

Ya Allah..
This html stuff can really KILL people! Seriously.
Fyi,
I downloaded about 6 blog templates,
and to mash up them together
was the most insane experience ever..

Aku hampir muntah tau tak?! Sumpah tak tipu!
Pening, hilang selera makan,
rasa macam dunia ni berpusing 
*uuuh, ada bintang!*

Anyway,
I settled down with this simple template..
but it's not really finish just yet..
there're still some tiny bit of changes that I MUST change.
Like the sparkling cursor thing.

I HATE THAT!

and, and I don't know how to change it!
serius menyampah dengan mende alah tu!

Ya Allah,
when I'm done with this,
I'll never touch this html stuff ever again!!
Sampailah aku DAH muntah sebab bosan dengan template lama.
But not in this few years..

Nana,
take responsibilities.. ahaks :)

and thanks btw,
without your help,
I could've just died yesterday.


Wednesday, 16 May 2012

Drawing Siv Under 18

Bismillah.
Assalamualaikum.. :)





Start : 1.55 pm 15/5/2012
Finish : 4.15 pm 15/5/2012

Reference : Under 18 Fearless 003 Zint.

Sape peminat Under 18 here? Me! Dengan bangganya aku cakap aku ada SEMUA koleksi komik Under 18 dari Under Age, Diari Sivik Yosi sampailah ke yang terbaru Under 18 elite! Baca Under 18 ni memang tak pernah tak gelak.. sumber best waktu tengah sedih..


I love them all!! Sebab tu hari ni tergerak hati nak lukis Siv, my feveret character..

Aku baru perasan yang warna kulit Siv agak pucat kan? Dan aku baru tahu rambut Siv sebenarnya warna biru! Hoho..ingatkan kuning.. Anyway, background dia memang ada banyak kelemahan, aku baru tahu nak guna brush2 berbagai jenis ni.. so, I'm learning :)

Tuesday, 15 May 2012

Entry untuk orang yang bored..

Bismillah.
Assalamualaikum.. :)



Bored? Yeah.. Aku pon. Itu sebab rajin sangat post entry, dah takde kerja lain dah kat rumah ni.. Bored? This is a random entry for bored people yang nak sedikit entertainment.. so.. amek kerepek, duduk sila comfy2, and layan mende2 random kat bawah ni.. hehe.. 





here's a COOL guy doing this COOL moves!!



they all look the same!! Haha.. couldn't agree more..



tipu ah korang tak suka Phineas and Ferb..



nigahiga!!!



and lastly, ini Rowan Atkinson aka Mr Bean kalahkan Tom Cruise dalam satu lumba kereta top gear!!




and Gitchee Gitchee Goo is my ringtone :P
Have a splendid day!!

Biology Form 4 Notes : Cell Division

Bismillah.
Assalamualaikum.. :)


So.. okeh, another post about notes. This time it's Cell Division! Ramai students form 4 yang naik pusing kepala dengan chapter ni, tapi aku pulak SUKA gila dengan chapter ni. Sangat interesting! Kagum dengan Maha Sempurnanya ciptaan Allah sehinggakan dalam masa sesaat itu, banyak betul cell division yang berlaku kat serata badan kita!

Dan, kalau tahu caranya, senang sangat nak score dalam pekse. Betul tak tipu, senang aje..

Sebab senanglah meh aku nak ajar korang camne senang tu.

Mula2 korang kenalah download notes2 ini dulu ^^ Right click, save image as.. senang ajeh..

Ingat! Free as long as they are used for a good cause only, okeh?

Shortcut: n = chromosome.

Saya ada buat nota pasal nutrition

Dan minta maaf sangat saya ada nota ini sahaja. Yang lain dah tak tahu kat mana. Maaf. =.="

MITOSIS

Introduction.

Most of the info akan keluar dalam objektif. Tapi, kadang2 klua jugak dlm subjektif. Anyway, ini basic info pasal mitosis yang korang patut dah hadam lunyai dalam otak korang yang amazing itu..

introduction 2

 Another basic info pasal chromosome yang korang patut tahu. Jarang keluar soalan tapi pernah keluar. So.. alah, best apa tahu benda2 camni?


mitosis..

Okeh, start pasal mitosis. yang ini untuk pemahaman korang secara general. Tapi kalau tak silap aku, aku ada salah sikit kat mana entah aku tak ingat. Tapi untuk essay, korang better guna note yang bawah ini, lagi berkesan. Nota atas ni kadang2 aku tak baca pon..

mitosis

 Ok. korang nampak tak awan merah bertajuk 'behaviour n' tu? Maksudnya behavior of chromosome. hah, itu yang point penting dalam essay. formatnya cenggini:

  1. condition of chromosome. (thread-like/ thick n condense n shorter n can be seen clearly from under microscope)
  2. behaviour of chromosome. (arranged randomly/align at metaphase plate/separated and move to opposite poles/reach at the opposite pole)
  3. what happened to other organelle? (nuclear membrane starts to disappear/nucleolus disappear/centrioles start to move to opposite poles/ dan byk lagi.. korang tengok contoh dalam notes meiosis)

Untuk lagi paham, tengok nota meiosis. Yang itu aku dah susun betul2 ikut point essay. Nah senang aje kan nak dapat markah? Format ni korang hafal dan boleh guna untuk soalan bahagian kena jawap objektif dan essay. semua boleh pakai :)

cloning of animals

 ingat Dolly?? Bab cloning ni memang popular dalam essay so korang hadam betul2.. hope that this note comes in handy..


meiosis 1

 Orang ingat meiosis lagi susah gila dari mitosis yang sedia ada susah itu. Tak sebenarnya.. dia bukan susah, dia lain sikit aje dengan mitosis. Format nak jawap dia sama jugak dengan mitosis.. Dalam note meiosis ni lagi teratur lah point aku susun sebab aku dah mula tahu format di atas..


meiosis 2

ATTENTION!!! [same] = chromosome condensed and become thicker and can be seen clearly from under light microscope.

Kalau awal2 dulu aku pun pening gak bab mitosis n meiosis ni, so.. aku cari kat youtube, ada tak video2 pasal mende alah ini.... ADA!! lepas tengok video ni aku lagi faham n excited gila nak belajar lagi further pasal cell division.. sini aku bagi videonya.




lagi pasal meiosis pulak 




rightio.. I hope that this entry and my notes help you all faham serba banyak pasal cell division ni.. senang aje weyh.. kan? hehe..

Yang paling penting, doakan yang Allah merahmati apa yang kita belajar dan semoga Allah senangkan otak kita nak hadam segala fakta bio dan moga2 Allah suntikkan minat kepada biology kat hati kita ini.. ameeen..

Dah, study! Exam nak dekat kan? Good Luck!




Rajin pulak hari ni selak balik nota2 bio dulu2.. Pergh.. aura doktorkartunis.. ceh..

Monday, 14 May 2012

Biology Form 4 Notes : Nutrition

Bismillah.
Assalamualaikum... ^^


So today I'm posting about my other Biology f4 notes. Before we start, say some prayers first and thank Allah for one of his many gifts..

Fyi, these are free, as long as you use it for a good cause though I cannot imagine how can people misused these notes.. selling them maybe? No selling ok?

Okay, so lets begin. Today's about CHAPTER 6 : NUTRITION. yeaaay..

heads up, shortcuts:
  1. org. = organism
  2. subs = substances
if you don't understand the notes, please leave your comments. InsyaAllah I'll explain to you...

there are notes I made about Cell Division.

and oh, I don't have any other notes except for the ones that I'm sharing. I'm sorry for that.




Sooorry, I didn't finish drawing the grumpy parasite. :)



What's important here is the malnutrition part where you need to 'hadam' the name of the diseases and which nutrition is excessive or lack of.



 One of the most famous topics to come out in exams.. make sure you 'hadam' it well, it's our stomach after all..



 Again, I'm so sorry I didn't finish making the rodent part. It's all in pencil because I got so suddenly lazy to re-do it with pens and marker.




This is seriously the most confusing part of biology form 4, minus chapter 5: cell division. You really have to 'hadam' this one, and I hope this note helps you a lot in doing so.

So that's it for today. I'm sorry that I didn't upload more of my notes on this chapter because I didn't have the chance to scan them before I gave ALL of my precious notes to my Mak Ndak to borrow for his son, my nephew.

I also made AMAZING notes about chapter 5 mitosis and meiosis .. I'll upload them in my next post.. Thank you for stopping by.. :)

May Allah bless us all..



Hari ni aku gedik nak cakap omputeh.. heh.. aura interview MARA, ceh..

The 4-squared.. (^^,)

Bismillah.
Assalamualaikum...


The 4-Squared : Nana, Syifa', Tasneem and Zieha :)



Dedicated to:

Syifa', Nana, dan Zieha!


Hahahahaha.. *lap air mata* haih, haih.. 

Inilah dia geng rekaan aku waktu form 3 dahulu. Terdiri daripada budak2 f3 dorm 15 KUSISS: Nana, aku, Syifa' dan Zieha. Kami 4 serangkai memang kamcing gila duduk satu dorm dulu.

Alkisah terciptanya 4-squared ni sangatlah ridiculous. Imaginasi aku semata2, orang kata syok sendiri. Haha..

Waktu tu, Hlovate tengah meletup dengan Tunas dan Aa+Bb. SEMUA orang nak baca buku tu. Maka, aku yang susah nak baca novel melayu ini pun tertarik nak baca novel dua buah ini. Habis aku baca, dah melekat gam gajah dah dengan Hlovate sampaikan ter-inspire nak buat gak satu novel melayu!

Hoho, maka... watak utamanya yang aku reka, 4-squared lah.. yang memang terdiri daripada kami ahli dorm 15 aje.. huakshuakshuaks.. ridiculous kanak2 betul masa itu..

Aku dah lama dah tinggalkan berabuk novel tu memandangkan zaman f4 and f5 aku memang sibuk mengalahkan Obama. Sampailah ke interview MARA hari tu, terjumpa pulak dengan Nana! Haaai, jejak kasih betul!

Esoknya, chatting pulak dengan dia. Dan dia tanya pasal 4-squared. Aku jawaplah, "Alahai, dah lama tinggal.."

Tapi, aku rasa cam bersalah pulak tiba2, eheh, arakian aku janji dengan dia nanti aku lukiskan 4-squared untuk dia.. haha, hence this masterpiece! 

Aku lukis ni lama tau! Agak 3 4 hari suntuk jugaklah. Itu pun ingatkan nak buat background sekali tapi mood melukis dah takde langsung, jadi aku decide biar kosong camtu ajelah..

Aku lukis guna Bamboo and Adobe Photoshop cs3. Dah makin mahir guna Bamboo ^^

Anyway, 4-squared sekalian, kalau gambar korang ter-chubby, ter-takcantik, ter-cantik :P, ter- apa2 ajelah yang tak puaskan hati korang, sorry ye.. ini sahajalah kemampuan aku melukis yang tak seberapa ini.. I'm, trying to improve my skills day by day. Kalau orang tanya aku apa aku buat cuti ni, memang aku jawap mostly melukis, haha..

Oh, and sorry kalau fashion sense aku memang lapuk bawah tempurung. Aku memang buta fashion, haha..

Ini sebenarnya secong attempt aku melukis 4-squared sebab yang first sekali memang buruk nauzubillah.. haha, nak tengok? inilah first attempt aku yang aku lukis tanpa ada mood melukis satu habuk pun.. :


hahaha.. inilah aku kalau takde mood melukis..


Syifa', Nana, Zieha, di mana saje korang berada, I LOVE YOU SO MUCH!!
Eiks.. in a not jiwang way.. haha

Ok, tu je..

wassalam :)

Sunday, 13 May 2012

Nota Biology Form 4 : Handmade by Me :)

Bismillah.
Assalamualaikum..


Entah kenapa, takde angin takde hujan, hari ini aku nak buat baik sikit. Masa aku belajar kat sekolah menengah, aku suka sangat buat nota. It's the only way for me to study and drawing at the same time, without wasting time. Jadi, aku buat nota bagi some subjects yang aku rasa banyak kena hafal seperti Biology, Physics, Chemistry, Sejarah, PSI and PQS. 

Hari ini, aku nak kongsilah dengan korang satu dunia (mungkin Malaysia aje kut) nota2 priceless aku ini. 

Duit kalau dikongsi, makin berkurang,
Ilmu kalau dikongsi, makin bertambah.. :)

Nota2 ini aku bagi free aje kat korang semua.. hameklah.. aku cuma nak cari satu jalan bagi aku terus dapat pahala walaupun aku dah dijemput malaikatul maut nanti...

Gunakanlah nota2 ini untuk tujuan belajar kerana Allah... ya?

Jangan gunakan untuk tujuan yang buruk, walaupun aku tak dapat bayangkan macammana nota2 ini boleh digunakan untuk sesuatu yang buruk.. tapi itulah syarat yang aku letakkan kalau korang nak amek nota ini..

Okeh, sebelum apa2, meh kita tadah tangan baca doa sebelum belajar. Orang yang sedang belajar dikira sebagai berjihad di jalan Allah, kan? Kalau mati masa kita tengah belajar, kita dikira mati syahid tau? Jadi, doa dulu agar kita betulkan niat nak belajar ni kerana Allah. Baru untung kut2 nanti tengah baca entry ni tiba2 malaikat maut datang, at least kita dapat title syahid, kan?

Kalau tak ingat doa dalam arab, takpe, doa aje dalam melayu, Allah faham semua bahasa.. janji kita ikhlas :)

Untuk lebih jelas, klik.


CELL ORGANIZATION  






 PENTING :
  1. untuk pembacaan sekali imbas sebelum periksa objektif.
  2. untuk subjektif/esei, pastikan korang ingat segala function dan gambar setiap organelle.
  3. tapi sebenarnya lama-kelamaan, korang akan jadi expert dalam bab ini sehingga korang tak payah sentuh dah bab ni.
 


PENTING :
  1. ingat betul2 fakta2 di atas berserta contoh dan gambar sebab mostly banyak masuk objektif.


CHEMICAL COMPOSITION OF CELL













PENTING :
  1. short form: subs=substances, carb=carbohydrates, a.a=amino acid, monosac=monosaccharides, disac=disaccharides, polysac=polysaccharides
  2. chemistry symbols: C=carbon, H=hydrogen, O=oxygen, N=nitrogen, S=sulphur, P=phosphorus, H20=water
  3. mesti baca tiap2 kali nak masuk periksa objektif sebab soalan chem comp. mesti keluar dalam 4 5 soalan and korang takkan dapat jawap kalau korang tak baca.


ok, cukup dua tajuk itu dulu untuk hari ini. Nanti kalau rajin, aku upload lagi nota tajuk2 lain, kay?

Barakallahu fikum..


Saturday, 12 May 2012

Perkara yang paling ditakuti oleh pelajar sekolah agama..

Bismilllah.
Assalamualaikum..



Inilah yang paling ditakuti oleh pelajar sekolah agama : MENJADI IMAM SOLAT JEMAAH.

Setuju?

Hahaha.. kelakar kan?

Tapi betul... lagi2 kalau solat jemaah subuh, maghrib dan isyak di mana si imam kena kuatkan suara baca Al-fatihah dan surah2.. nak2 ada mic.. lagilah bertambah ketakutan itu..


surah apa aku nak baca?
kalau terlupa surah nanti camne?
kalau terkentut tengah2 solat nanti nak mati aku!
macammana kalau aku terlupa baca doa qunut?
macammana kalau aku terlupa bilangan rakaat?
doa apa nak baca lepas solat nanti?
zikir apa aku nak baca? aku bukannya hafal sangat zikir2 ni..

dan macam2 lagilah ketakutan yang melanda bila ternampak nama sendiri tiba2 ada dalam jadual imam solat jemaah..

atau tiba2 kawan tarik tangan nak suruh jadi imam..


source


Kalau aku, aku lagi rela kena bagi ceramah 1 jam daripada kena jadi imam solat maghrib/isyak/subuh. Bukannya apa, aku ni ada penyakit cepat gelabah. Bila dah gelabah, semua nak lupa. Hari tu, aku kena jadi imam solat isyak kepada budak2 pantun yang lambat habis latihan. Punyalah aku gelabah sebab tak pernah kena jadi imam solat fardhu yang kena kuatkan suara ni. Bajet cam nak baca surah An-Nas ajelah, selamat sikit. Sekali.. surah An-Nas itu yang aku terlupa dalam kegelabahan aku tu! 

Wagawagawaga...

Pastu yang tak boleh blah nya, aku pergi baca surah Al-Waqiah pulak untuk ganti surah An-Nas tadi.. dan okay pulak lancar aje aku baca surah Al-Waqiah tu! Pelik tak?? Surah 6 ayat yang hari2 aku baca, aku boleh lupa.. surah 96 ayat yang aku hafal waktu f3 dulu aku boleh ingat pulak!

Tapi aku takdelah baca kesemua 96 ayat.. habis goyang lutut makmum nanti! Aku baca 16 ayat terawal aje..

Haigoo.. itulah kalau dah gelabah. Bila syaitan dah hembus2 keraguan dalam hati kita.. apa2 boleh terjadi. Astarghfirullah..

Hehe.. pernah sekali tu, takde angin takde hujan, tiba2 nama aku di-announce dekat mic suruh jadi imam solat isyak.. nak tercekik aku dibuatnya! Makmum semua dah beratur nak dekat 2 saf penuh dah.. aku.. aku..

"Saya nak pergi tandas!!"

Wohahahaha... time itu pulak perut memulas! Tak tipu tau! Memang Allah nak tolong aku masa tu, Dia takdirkan perut aku memulas nak pergi tandas.. selamat! Haha..

Walau bagaimanapun..

Jadi imam solat waktu kat sekolah dulu akan mendidik kita untuk jadi imam waktu kat uni/ kolej matrik/ mana2 lagilah nanti.. supaya takdelah kita terkedek2 nak menyorok diri daripada dipilih kena jadi imam. Sebab lambat-laun, orang akan pilih kita jugak untuk jadi imam for the simple reason of KITA BUDAK SEKOLAH AGAMA.

Macamlah BUDAK SEKOLAH AGAMA itu meaning budaknya semuanya imam besar masjid..

Tapi itulah hakikat pandangan orang luar pada kita nanti.. haih.. jadi pengajarannya kawan2, silalah lengkapkan diri kita dengan hafalan surah2 pendek dan panjang sebagai bekalan in case kena jadi imam nanti. Tajwid pun kena check betul tak. Segala rukun solat kena pastikan yang kita laksanakan dengan sempurna. Bukannya apa, tanggungjawab imam ini besar! Bukan setakat kena baca surah guna mic aje!

Kena pastikan saf makmum rapat semua. Rasulullah SAW takkan mulakan solat jemaah selagi saf makmumnya tak rapat tau! Dan banyak lagi tanggungjawap imam ini yang menjadikan imam sebagai satu title yang amat besar!

Dan kita tak boleh lari daripada tanggungjawap itu, kerana lambat laun ia akan datang kepada kita jugak akhirnya.. So, siap2kan diri anda dari sekarang.

Oh ya! Dan betulkan niat, aku siap2 diri aku untuk jadi imam ini kerana mahukan keredhaan Allah, nak dekatkan diri kepada Allah, bukan untuk pujian orang bahawa suara aku sedap baca surah tadi, atau aku berjaya bawa surah al-Baqarah secara lancar tadi.. 

bukan.. Hanya kerana Allah..

Dah, jom prepare! Bittaufiq wannajah.. ^^

source


Friday, 11 May 2012

Aku, interview MARA 2012

Bismillah.
Assalamualaikum.


Okeh, as promise. Nak cerita pasal semalam. Woohah, semangat! Mana taknya, my first interview tu.. and then kena speaking berabuk pulak! 

Perhatian, ini bukan entry pasal tips2 nak gi interview. This is just a bebelan about my experience going to MARA interview for SPM 2011 candidates. Aku orang baru, so nak tips interview, baik pegi dekat blog2 yg bagi tips2 interview betul2. 

Seperti ini..

atau ini..


But fyi, yang atas2 ini interview format lama tau. Sekarang MARA dah buat format lain. Format macam mana? in group. Aku rasa format ni mula tahun lepas. 

Ini aku bagi blog yang cerita pasal MARA interview tahun lepas. Kat sini.

Okeh, hah, ni nak cerita ni..



Result interview MARA keluar 8 Mei 2012. See the interview date? Yup 10 Mei.

"Ma, interview Tasneem 10 Mei.."
"MARA? Alhamdulillah.... 10 Mei tu bila?"
"Lusa..."
"Hah?!!"

Ceh, relax aje aku cakap 'lusa' tuh. Siap sengih lagi. Tapi dalam hati, Ya Rabbi aje yang tahu. Cam rasa nak hentok kepala kat sofa.. LUSA!! Resume tak siap lagi.. sape pengarah MARA? Sape agong? Sape menteri kementerian di bawah MARA?

sumber

Ok, relax2, aku berlagak relax. Then, terus google interview MARA. Itu yang aku dapat segala link blog di atas. Dan aku tahu format spaghetti tahun lepas.

Then aku terpikir, masa hantar borang permohonan tu, dia dah mintak sekali sijil2 dan essay segala bagai unlike tahun2 sebelumnya. So, kiranya penapisan kali pertama ni dia dah buat kaw2 berdasarkan pencapaian akademik, koko n essay pasal kita minat course apa tu. Jadi, aku pikir, besar kemungkinan interview kali ini berformat cam tahun lepas, group discussion.

Lagipun, dia tak cakap pun dalam 'arahan kepada calon' itu untuk bawak sijil2 semua.. so benda itu meyakinkan aku lagi.

Jadi segala preparation aku menjurus kepada group discussion. Tapi, for safety, aku tak abaikan format lama, itu pun aku practise gak.

Dalam masa kira2 sehari lebih untuk preparation tu, aku practise speaking depan laptop, dalam bilik depan cermin, dalam bilik air, masa tengah potong bawang, sebelum tidur.. shortcutnya, in every chance that I got.

Aku tahu MARA tak selalu tanya pasal current issues, tapi aku buat research jugak pasal mende tuh. Hari 8 Mei tu aku tidur pukul 1-2 pagi pasal dok buat research segala bagai.

Now, 10 Mei, the day.



This was what I wore, basically, although not exactly sebab susahlah kut nak cari corak yang sama ngan baju kurung n tudung aku time tu. Mama suruh pakai baju merah sebab nak menonjol.. sebab aku ni kan kechik.. haha.. oh,aku tak pakai make up, just foundation sikit2 nak tutup lebam mata bawah tu.. hoho, nampaklah tidur lewat tuh.

GPS sucks, dia pegi direct kan kitorang betul2 depan Kolej Polytech MARA Bangi yes, tapi kitorg atas highway kat flyover, kolej nya kat bawah jalan sana uh!! Nasib baik direction yang kawan parents aku bagi tu betul. Aku sampai  sana pukul 8 pagi.

sumber dari laman web kptm bangi


Dah ramai orang! Yang interview pukul 10 pagi pun ada yang dah datang... fulaweh..

Aku tahu dia tak suruh bawak sijil segala bagai tapi aku bawak jugak.. for safety kan? Semua orang pun bawak gak.

8.45 pagi pendaftaran bukak, lambat sikit pasal urusetia semua lambat sampai, traffic jam.

As I thought, memang group discussion. Aku mula meramahkan diri aku berkenalan dengan group member aku. 

Athirah, MRSM dari melaka
Amirah, TKC 
aku
Wan Hasan, SMAP Labu
Aqilah, also SMAP Labu n kawan sekolah rendah aku dulu.. :)
Hazimah, aku x ingat dia dari mana..
n Hafizah, datang paling lambat x sempat nak tanya dari mana.

Mungkin aku tertukar antara Athirah n Amirah.. haa
Kami dibagi tag nombor, aku D3, meaning panel D candidates number 3
kamilah batch pertama di interview of all others..haha..
I think that's a benefit because the interviewer will remember us, right? err..

aku sempat baca "bismillahi tawakkaltu 'alallah" bila melangkah masuk bilik temuduga..

sumber 

(aku benci justin bibir.. aku xtahu kenapa aku letak gambar ni )

Dalam bilik temuduga...

Ada tiga meja panel, tiga orang panel, sorang Lelaki muka sweet hensem macam dato', dua orang pompuan, sorang muka kinda like Cikgu Salmah, my BM F5 teacher, and sorang lagi muka comel putih gebu cantik. Haha.. nama tak tahu sebab dyorg tak pakai tag nama.

Depan panel ada lapan meja, susun empat empat mengadap each other, and of course lapan kerusi.

"Please take a seat."
"Duduk2.. there's so need to be tension. This is just a normal 'sembang-sembang' interview.."

Seriously, hearing him say 'sembang-sembang', dia cakap melayu n english, wow, betul2 merelakskan aku.. hehe, inche sweet hensem pun cakap campur english malay, aku apatah lagi..haha..


sumber

Tapi aku lupa nak salam dyorg!huh huh, gelabah jap, tapi xde sape2 pun yang salam dyorg.. ok ok selamat...kut..

Atas meja ada kertas kuning yang diterbalikkan, jangan sentuh kertas kuning itu sebelum diberitahu!! Aku nak sentuh dah, sebaik dia cakap jangan. huh huh..

Lepas dia bagi instruction, dia bagilah kitorg sentuh kertas kuning tu, ada semacam case study

Pak Ali has diabetes. According to the modern treatment, he has to cut his leg. But Pak Ali doesn't want to cut his leg, so he wants to try the traditional treatment. Discuss the pros and cons of modern and traditional treatment, and which should Pak Ali choose.

Lebih kurang camtulah ayat dia, tp panjang lagi lah..

Amirah si TKC terus amek alih group, "I think we will divide our team into two. One discuss on modern n the other on traditional. I want modern.."

Wow..aku sengih aje, jadi dah takdir aku group ngan Wan Hasan, Aqilah n Hazimah kena sokong traditional.

Haha, mula2 senyap dowh pasal masing2 blank kut. Aku mula cakap "Uh.. we need to find something.. um may be misai kucing??" hahaha


sumber


Tapi lepas tu sume org bercakap lah, tapi really kami takde point sgt sebab blank.. group sebelah dah dengar macam debaters kebangsaan dok speaking berabuk.. kami.. krik krik bunyi cengkerik.. and then we kept repeating our points..

Aku cuba untuk be ceria and enjoy,, so I laugh a lot about how hopeless we are and I try a lot to fill the silence with "we need to find something..." "okay.. next point?" "Hahaha.."

I basically was just membebel-ing tp .. kira mcm aku yang paling cakap banyak la dalam group tu, haha..

There was this one time aku cuba nak buat joke,  sbb group tension n sunyi sangat..

"You know what? His name is Pak Ali. So normally we would imagine an old man living in a traditional village, so yeah, Pak Ali would definitely choose traditional medication! Haha.."

Itu point main2 aje.. memang takleh pakai lah kan? Orang pun gelak2..

Then masa nak bentang, group belah sana tanya sape nak mula dulu..
Aku tahu yang dyorg ada point gempak2 n kalau dyorg bentang dulu mesti kitorg dah lemah semangat so aku ckp cepat2.. "We want first.."

"Ok, start now.."

I was like whaaaat? Eh eh, point pun xdivide2 lagi sape nak bentang mana satu.... so, we were like gelabah gila.. and then aku cakap, "The one who needs to be the first and the last is the most important, so who will it be?"

Aqilah terus point kat aku and Hasan sebab memang kitorg aje yang ckp banyak n bagi idea.. So, aku cakap aku nak last, hasan aku bagi mula2 sebab aku time tu blank gila tak tahu nak buat intro apa.. haha

so hasan mula, then aqilah, then hazimah, then.. aku..

You know what? Aqilah gave my joke as a point!!! Huuuuahhh! Aku tak tahan gelak, terus gelak time tu jugak tp takde lah kuat betul.... gila ke hape?

sumber

My turn, aku cakap aje apa yg aku rasa penting. Inche sweet hensem cam sengih angguk2 aje tengok aku cakap so aku rasa ok kuuut..

Habis aje aku ckp, inche sweet hensem ckp, "Ok. time's up. Now we will move on to the individiual question."

What? Group sebelah tak sempat bentangkan pun! Kesian gila dyorg..

Tapi masa discussion dyorg dah menyerlah gila so takpe jugak..

The individual question senang aje pon. Aku dpt soalan "What did you contribute to your group?" Aku jawap ajelah yang aku cuba untuk buatkan group aku ni tak sunyi dan stay strong although we didn't know that much facts about traditional treatment. lebih kurang mcm tu..

and so lepas tu dah habis! Kali ni kami sempat salam.. aku cakap thank you and all..

Keluar.. waaaah lega! Tak lah susah mana pun interviewnya.. taklah kena tanya macam2 sgt soalan..

sumber


Dah aku keluar tu, aku terjumpa kawan Kusiss dulu, Nana!! Wish good luck to her and turun tingkat bawah.. kat sana baru aku perasan.. eh? Tag D3 aku ni nak tinggal kat mana? Aku tanya kat group member lain sbb dyorg dah takde tag dyorg.  "Laa, bukan ke tadi interviewer suruh tinggal atas meja?"

"Hah?!!"

Gelabah..gelabah.. aku taknak masuk balik bilik interview so aku bagi kat panel yang ada kat meja pendaftaran aje.. dia tanya "kenapa tak tinggal kat atas?" aku jawap "um, lupa.." pastu dia buat muka cencorot.. hailoo petanda buruk..

Haha, apa ajelah.. sekarang ini tawakkal sahaja.. dan doa.

Kalau Allah bagi aku dapat pergi Jordan, alhamdulillah.. maksudnya aku layak dan dah bersedia untuk pergi ke sana..

Kalau Allah takdirkan aku tak dapat, maknanya aku tak sedia lagi, jadi mungkin Allah nak aku buat asasi di UM dahulu and then baru apply pinjaman MARA lagi.. mungkin.. aku yakin ada hikmahnya...

Okeh.. itu aje cerita untuk hari ni. Terima kasih sebab baca sampai habis.

Thursday, 10 May 2012

Aku kakak yang jahat di sini nak buat baik sikit.. :D

Bismillah.
Assalamualaikum.. :)




My adek si photographer yang amek gambar ni beberapa hari lepas. Awesome tak? Awesome kan? But of course la aku tak cakap kat dia "Awesome!!" i just say.. "eleh, mesti edit kan?" haha, jahat tak aku? Ni aku letak kat blog ni pun dia tak tahu.. haha. Takpe, tu signature copyright dia dah ada tuh : RayBanYan.

Fyi, dia amek kat depan rumah kitorg aje.. bukannya kat somewhere exquisite where you can see the moon a bit bigger, no.. depan rumah teres kecik kami ni aje.. hoho..

Fyi lagi, dia 15 tahun.

Dia suka amek gambar micro. Suka cakap kat dia.. "eleh.. tak cantik sangat tuu" padahal cantik sebenarnya..haha, memang aku kakak yang jahat.




Sejahat2 aku, aku nak promote gak flickr dia, klik sini!!

Banyak lagi gambar best2..

Okeh, sebenarnya saje nak lepas tension baru lepas habis interview MARA..haha, ade masa nanti aku cerita pengalaman kelakar aku kat sana ye.. lama sikit kut sebab nak lukis kartun sekali,:)

Dah habis entry.... ni nak tunjuk video sumpah best. Adek aku jugak yg perkenalkan video ni, sbb gambarnya cntek kuuuut!! Okeh, enjoy! Seriously, rugi tak tengok!


Monday, 7 May 2012

Aku dan Pisau Tumpul.. :)

Bismillah 
Assalamualaikum.. :)

Yang biru muda tu apron ye bukan lampin.. HAHA..
Setiap kali aku guna pisau potong sayur kat rumah aku tu, tak sah kalau aku tak merungut dalam hati pasal betapa tumpulnya pisau tu walaupun dah berapa banyak kali diasah. Tapi, tumpul tak tumpul, aku tetap guna jugak sebab itu ajelah pisau untuk potong sayur yang ada. Yang lain untuk potong daging, tak pun lagi tumpul daripada pisau ini.

Eh eh, hari ini aku bukannya nak jaja cerita pasal aku guna pisau tumpul untuk potong sayur. Takde nye... Tapi, aku nak cerita hikmah di sebalik pisau tumpul tu.... which is...


Pisau tumpul itu ler yang dah banyak kali selamatkan kejelitaan jari aku yang tak runcing ini daripada terluka akibat diri ini yang bajet boleh potong sayur laju2 macam chef dalam tv.

Hoho..



Jadi, rupa2nya pisau tumpul yang aku benci itulah yang baik buat aku, dan pisau tajam yang aku idamkan itulah yang buruk buat aku. Tetiba pulak teringat ayat 216 dalam surah Al-Baqarah :





Fighting has been enjoined upon you while it is hateful to you. But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not.

  Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. 




Keputusan upu baru aje keluar. Sejujurnya, aku tak ingat pun yang upu keluar semalam. Yang aku ingat, MARA aje yang keluar. Tapi yang jadinya terbalik pulak. Upu yang keluar, MARA pulak sorok tak nak keluar2, hanya tinggal janji manis 7 Mei nak keluar result.


And so, without any high expectation, aku terus check dengan berdebar2nya.. 



Alhamdulillah, aku sangat2 tak sangka yang aku dapat UM. Memang betul tak sangka sebab tak ingat langsung yang upu keluar hari ni. Dulu2, aku berangan nak masuk UiTM sebab kat situlah abang aku masuk INTEC. 

"Mama, UM tu apa? Universiti.... Malaysia?"

Sememangnya aku tak tahu pun di mana wujudnya UM itu. Tapi, Allah dah aturkan segala2nya secara sangat cantik, ye idak? Dalam kes ini, lain yang aku ingatkan dapat, Allah bagi yang lebih better kepada aku. Alhamdulillah..

Buat kawan2 yang dapat upu yang korang tak nak, bersyukurlah sebab at least korang dapat gak upu, daripada ada sebahagian kawan2 kita yang tak dapat langsung.

Buat kawan2 yang tak dapat pulak, insyaAllah, Allah simpan something special untuk korang sebab Allah tahu kemampuan korang lebih dari diri korang sendiri.

Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya, kan?


Eleh, ko senang lah cakap sebab kau dapat upu, cuba kau tak dapat? Hah, baru kau tahu betapa merananya aku sekarang...


Iye, aku tak tahu betapa merananya korang sekarang, dan mungkin aku tak tertanggung kesedihan aku daripada korang kalau aku tak dapat upu.. sebab itu Allah bagi aku dapat upu.

Korang antara orang yang tabah, yang Allah tahu korang mampu untuk tanggung ujian ini jika diturunkan kepada korang. Atau mungkin ujian ini sebagai satu peringatan kepada korang, yang sekarang ini, korang takleh main2 dah, kena belajar rajin2 supaya setimpal dengan rezeki yang bakal korang dapat.



:)


Ingat, mungkin uni yang kita nak itu bukan yang terbaik bagi kita, dan mungkin uni yang kita tak nak itulah yang terbaik bagi kita..

Bila kita redha dengan segala ketentuan Allah, barulah hati ini tenang dan minda kita boleh fikirkan langkah seterusnya.

Terima kasih kerana sudi membaca.. ^^
Aku perempuan bukan lelaki, despite doodle yang aku lukis itu lelaki, haha..

Moga Allah sentiasa sayangkan kita semua.. amiiin...

Saturday, 5 May 2012

Me.... a doctor??

Bismillah.
Assalamualaikum.. :)



Peace be upon you all.

Originally I wanted to wrote loads of stuff about pre-interviews, reasons why I want to be a doctor and all but, I'm feeling extra lazy right now. Like really, I have absolutely no mood to write at all.

Cause Runningman is on the tv right now. Haha.. and I really don't wanna continue writing this entry any other time so I'm gonna finish it asap.

I love biology, my only passion is medicine. And there's this thing about my mom having ear infection. Thus, I wanna be an ENT physician. That's shortcut for Ear, Nose and Throat physician. Doktor Pakar Sakit Telinga, Hidung, Tekak.

I wanna go to Jordan cause I don't want to abandon my Arabic after a whole lot of time learning it. I'm hoping for MARA scholarship right now. Really it's my only hope.

K, the commercial's over. Runningman's on right now. Haha, k bye.

Tuesday, 1 May 2012

Tudung Labuh Bulat, Tudung Bawal, Pashmina, Shawl, dan Freehair

Bismillah.
Assalamualaikum.. :)


Siang terik giler.. petang mendung nak hujan. That's Malaysia today.

Okeh, hai kawan2! Moga Allah masih sayangkan kita semua yee.. amiiin.

Sejak Astro bagi free over 130 channel kepada semua pelanggannya, aku satu family yang sememangnya hantu movie dah tak boleh lari dengan HBO HD, FMP HD, FOX HD, MAX, SUNDANCE, Discovery Home & Health, Bio, Animax (ini aku sorang aje), Star World dan semualah yang ada movie or tv series yang best2.

And then satu hari itu, takde angin takde hujan, mama tetiba meluahkan kerinduannya nak tengok CNN. I was like, "Whhaaaatt?! Kenapa nak tengok CNN bila kita boleh tengok HBO, FMP segala bagai?!" Seriously tak logik langsung! Tapi, apekan daya? Bila Puan Bos mintak remote, kena bagi walau mulut muncung cam cencorot...

Tapi, Allah ada sediakan hikmah di sebalik semuanya, kan?

Di CNN, ada semacam forum. At first, I thought : alaaah, this is just like another boring economic talk.. *bajetpandaibuatrollingeyes* I sat back, terpaksa mendengar the talk when some words from the panel really struck me. The panel tu semacam modern Indian women (kut), and the other guy is American. The Indian women tu rambut takat bahu, lurus, pakai specs, ok lah.

BUT what really struck me was that she was talking berabuk pasal ISLAM! I repeat, talking BERABUK pasal Islam!!, which mean she talked like an Ustazah but she's a freehair!

Aku kerut2 dahi betul menengok fenomena itu. Cuba dengar betul2. Kut2 tersalah dengar sebenarnya dia kutuk Islam bukan tengah explainkan pasal Islam.. but no. Memang betul dia tengah cakap pasal Islam.. Dia tengah explain tentang lifestyle sebenar seseorang muslim itu, dan dia tengah promote satu buku ni yang aku tak pasti dia or orang lain yang authornya. Pokoknya, dia tengah explain pasal isi kandungan buku tu lah. Yup, buku tu pasal Islam tp dalam english. Yes, she's a muslim bukannya seseorang non-muslim yang mengkaji tentang Islam, because she said, "This is how we muslims..."

"Kenapa pompuan ni tak pakai tudung? Dia muslim kan?"

Abang aku yang ada kat situ jawap, "Eh, Tasneem tak tahu ke? Kat luar negara sana memang banyak orang muslim yang tak pakai tudung tapi hidup dengan cara hidup Islam. Ada perkampungan Islam yang semua orang muslim tapi perempuannya tak pakai tudung, sebab culture mereka memang tak pakai tudung."

Oh... ada ye camtu? Aku yang tak pernah jenguk dunia luar ini sekadar angguk2 aje mengiakan kata2 orang yang pernah duduk kat luar sana. Saat tu, aku mula berfikir, fikir tentang pandangan stereotaip masyarakat yang macam aku ni tentang bertudung dan freehair.



1. Tudung Labuh Bulat = Ustazah, Hafizah, Alim2 Ulama, Kuno.



Mostly, memanglah orang yang bertudung labuh bulat ni merupakan Ustazah atau pelajar2 sekolah agama. Tapi tak semua, okeh? Kan Allah jadikan setiap manusia ni berbeza dari yang lain, jadi mestilah background seseorang itu pun lain2.


Contoh pertama, waktu form 4 dulu, aku tak kenallah lagi dengan semua cikgu2 yang ada kat KISAS. Jadi, bila aku terserempak dengan mana2 cikgu, nak address kan mereka untuk bagi salam tu automatically based on first impression.

"Assalamualaikum, cikgu.." for cikgu yang pakai tudung bawal.

"Assalamualaikum, ustazah.." bagi yang pakai tudung labuh bulat.

"Good Morning, Teacher..." bagi yang non-muslim.

Every now and then, nanti adalah tangan aku kena siku dengan sahabat sebelah. "Eh, itu cikgu kimia lah bukan ustazah!" atau, "Eh itu Ustazah lah bukan cikgu".......... tapi tak pernahlah "Eh, itu ustazahlah bukannya non-muslim!". Haha, itu memang tak pernahlah.

Anyway, get my point? Tudung labuh bukan ustazah semuanya.


Contoh kedua, ada seorang senior aku ini, dia bagi tazkirah maghrib-isyak pasal perubahan dia. Dia seorang yang tegar bertudung labuh bulat. Sangat sporting dan menjadi model figure bagi kami junior2 ini. Siapa sangka dia dulu merupakan ex-criminal di sekolah lama yang pernah hempok kepala lelaki ke meja dan memboloskan diri untuk fly keluar sekolah dan macam2 jenayah lagi?

Siapa sangka dia sungguh osem dalam nekadnya untuk berubah sehinggakan dia sangat tabah dalam menghadapi ejekan dan pandangan negatif yang dilemparkan oleh orang2 sekelilingnya yang kenal dirinya yang dulu?

Get my point? Orang tudung labuh tak semestinya mempunyai background keturunan alim ulama.


Contoh ketiga,  ini kisah pasal seorang sahabat aku ini. Dia pergi ke satu event ini, bertudung labuh, dan dia terdesak sangat nak telefon somebody ini (aku tak ingat sangat detail cerita ni, sorry). Tapi dia takde hanset. Yelah, pelajar asrama, kan? So, dia pergi beranikan diri untuk bukak mulut nak pinjam hanset seseorang budak sekolah luar yang jugak ada di event tersebut. 

Budak itu 'with pleasure' bagi pinjam hansetnya, dan sempat dia berkata, "Ini hanset tau, bukan mp3.."

Like, whhhhaaatt??!! Mestilah itu hanset, bukannya mp3! Beza gila weyh dua benda tu! Sahabat aku ni memang bengkek gila ah, tapi simpan dalam hati je.

Memang ada sebahagian daripada kami yang buta IT, cam ada sorang kawan aku ni. Dia sampai tak tahu nak bukak e-mail. Walaupun begitu, dia takde lah sampai kena anggap cam orang bodoh, sebab dia budak pandai kut! SPM dia gempak. Tapi disebabkan family dia tak berapa nak mampu, dia takde kemudahan IT untuk mendedahkan dirinya dengan ilmu2 IT ni. Bukannya dia tak nak belajar pasal IT ni, ok?


Get my point? Tudung labuh bulat tak semestinya kuno!!


2. Tudung bawal, shawl, pashmina (labuh) = muslim bergaya yang kurang 'beriman' sikit dari yang bertudung labuh bulat.




So, this is MY first impression lah. Kalau tak seiring dengan pandangan korang, maaflah ye?

Bila si pashmina labuh dan si tudung labuh bulat berdiri sebelah2, first impression aku ialah si tudung labuh bulat lagi 'beriman' or alim daripada si pashmina labuh. But then, aku cuba shake off the useless thought sebab memang takleh pakai pun.

Siapa kita nak ukur2 keimanan orang based on their clothing? Dua2 tutup aurat, kan?

Dan lagi satu, sesetengah orang anggap tudung labuh ni semacam the highest rank to achieve apabila seseorang itu berubah. Okeh, mula2 dari freehair, ke tudung bawal 45', then bawal 50', then 55', then 60' then finally tudung labuh bulat.

I just wanna say that, tak semestinya. Mungkin si ustazah berpashmina untuk masuk dengan geng datin2 di kawasan perumahannya? Mungkin si dia ada masalah kesihatan sehinggakan dia tak boleh pakai tudung labuh bulat, sekadar pakai tudung bawal labuh atau pashmina labuh? (ini bukan rekaan, aku pernah jumpa orang camni)

Tengok orang di luar negara. Ramai yang berpashmina dan shawl tetapi apabila bercakap, ilmunya tentang Islam lebih mendalam dari yang bertudung labuh bulat.

Bagi aku, bergaya takde salahnya cuma bersederhanalah.

I hate this first impression that I can't help having. But I'll try to shake it off the first second I realized I'm having it.


3. Freehair = Rosak akhlak, sosial gila, dan ada yang ekstrem sampai labelkan sebagai penghuni neraka.


Aku cakap awal2 dulu, aku pernah berkawan dengan muslim freehair ni masa aku sekolah rendah darjah 1, 2, 3 aje. Start darjah 4 sampai form 5, aku tak pernah jumpa dengan kawan muslim freehair.

Dan dari form 1 sampai form 5, aku sekolah agama. Hidup dengan komuniti tudung labuh bulat. Tapi, walaupun camtu, aku yakin, dan aku tahu yang mereka, muslim freehair ni tak semuanya rosak akhlak dan sosial. Dan aku tahu yang takde seorang pun daripada mereka yang layak kita labelkan sebagai penghuni neraka.

Even mereka yang non-muslim, aku percaya yang kita tak layak kata mereka ini penghuni neraka.

Sebabnya simple. Hanya Allah sahaja yang tahu mereka ni bakal jadi penghuni syurga atau neraka. Hidayah Allah turun kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Boleh jadi mereka yang freehair ni esok lusa dapat hidayah Allah. Mereka ini akan jadi muslim yang lebih kuat imannya daripada kita kerana Islam mereka Islam yang dicari, bukan seperti kita yang kebanyakannya Islam keturunan.

Aku pernah dengar kisah bagaimana seorang mualaf ini masuk Islam di radio. Dia cakap dia hidup serumah dengan orang melayu Islam, dan betul2 bawah rumah mereka ada surau. Jadi tiap2 hari dia dengar azan. Tetapi, dia tak rasa apa2 pun. Biasa saja. Sehinggalah satu malam ni, dia bermimpi suara orang mengaji. Dia cakap sangat merdu suara itu, merdu yang luar alam punya. Bila dia bangun, dia cari merata2 siapa empunya suara tu, sampai dia bukak tingkap jenguk luar... tapi dia tak jumpa. Lepas malam tu, hampir tiap2 malam dia mimpi orang mengaji dengan suara yang merdu. Dari situlah, dia tergerak dan nekad untuk masuk Islam. Dia sanggup bercerai dengan suami dia walhal dia sangat2 cintakan suaminya. Dan suaminya pun cintakan dia, sehinggakan hormat keputusannya untuk masuk Islam, dan bekas suaminya itu yang hantar dia pergi kelas2 fardhu ain di jabatan agama. Bekas suaminya itu still non-muslim, dan dia hari2 berdoa kepada Allah agar bekas suaminya dapat hidayah.

Isk.. isk.. touching, kan story ni?

Ok, mungkin bila aku cerita takde lah touching sangat, tapi.. bila dia sendiri yang cerita dalam radio tu, serius aku leleh. Orang2 yang call dia nak tanya soalan pun menangis.

Anyway, aku kira boleh dianggap sebagai tak pernah ada kawan muslim freehair. Dan aku tersangatlah nak berkawan dengan mereka. Aku nak tahu perangai mereka macammana. Dan aku tahu sorang freehair yang berkelakuan buruk tak semestinya menggambarkan semua freehair sama gak.

Dan aku nak sangat berkawan dengan orang non-muslim. Satu2nya kawan non-muslim yang pernah aku ada ialah Arulvanan a/l Chandran masa darjah 6 yang aku pasti dia tak ingat aku dah.

Banyak benda yang kita boleh belajar dari mereka ni. Dan dengan berkawan dengan mereka ini, aku boleh bukak minda aku untuk berfikir lebih luas, lebih open-minded. Sebab itu aku sangat2 looking forward untuk masuk ipta. Kalau boleh yang jauh2 sebab lagi kena independent dan cabaran lagi banyak.

Memang aku tahu ilmu aku ni seciput sangat tapi aku tetap excited untuk tempuh dunia luar..

Anyway, terima kasih banyak2 sebab sanggup baca sampai habis. Diingatkan lagi yang semua di atas merupakan pandangan aku yang memang tak open-minded sangat. Jadi, kalau tak setuju, boleh tegur aku. Komen aje kat bawah. InsyaAllah, aku perbetulkan mana yang salah.


=========


Aku baru dapat Adobe photoshop! Haha.. seronok aku conquer laptop ini dari pagi sampai petang dok melukis doodle2 di atas. Yang terakhir gambar freehair tu aku lukis guna Bamboo.. punyalah lama 3 jam kut! Anyway, aku still belajar camne nak guna photoshop ini, so segala ke-tidakcantik-kan harap dimaafkan dan ditegur..Kenapa lama sangat? Well, aku kan curious overdose. Segala2nya aku nak tekan. Bila dah nak siap doodle tu, aku pegi tekan2, sekali terpadam semua. Haha.. Tapi, lama2 oklah jugak.

Tapikan, sampai sekarang aku tak dapat figure out apa fungsi tali koboi tu. Tali koboi? Entah, aku tanya cursor aku, dia jawap namanya 'lasso tool'. Aku panggil tali koboi je.. :)

Mungkin dalam Adobe photoshop ni aku kuno lagi kut.. hahaha..