"Belum tibakah masanya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingati Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik." [Al Hadid, 57 : 16]

Sunday, 13 May 2012

Nota Biology Form 4 : Handmade by Me :)

Bismillah.
Assalamualaikum..


Entah kenapa, takde angin takde hujan, hari ini aku nak buat baik sikit. Masa aku belajar kat sekolah menengah, aku suka sangat buat nota. It's the only way for me to study and drawing at the same time, without wasting time. Jadi, aku buat nota bagi some subjects yang aku rasa banyak kena hafal seperti Biology, Physics, Chemistry, Sejarah, PSI and PQS. 

Hari ini, aku nak kongsilah dengan korang satu dunia (mungkin Malaysia aje kut) nota2 priceless aku ini. 

Duit kalau dikongsi, makin berkurang,
Ilmu kalau dikongsi, makin bertambah.. :)

Nota2 ini aku bagi free aje kat korang semua.. hameklah.. aku cuma nak cari satu jalan bagi aku terus dapat pahala walaupun aku dah dijemput malaikatul maut nanti...

Gunakanlah nota2 ini untuk tujuan belajar kerana Allah... ya?

Jangan gunakan untuk tujuan yang buruk, walaupun aku tak dapat bayangkan macammana nota2 ini boleh digunakan untuk sesuatu yang buruk.. tapi itulah syarat yang aku letakkan kalau korang nak amek nota ini..

Okeh, sebelum apa2, meh kita tadah tangan baca doa sebelum belajar. Orang yang sedang belajar dikira sebagai berjihad di jalan Allah, kan? Kalau mati masa kita tengah belajar, kita dikira mati syahid tau? Jadi, doa dulu agar kita betulkan niat nak belajar ni kerana Allah. Baru untung kut2 nanti tengah baca entry ni tiba2 malaikat maut datang, at least kita dapat title syahid, kan?

Kalau tak ingat doa dalam arab, takpe, doa aje dalam melayu, Allah faham semua bahasa.. janji kita ikhlas :)

Untuk lebih jelas, klik.


CELL ORGANIZATION  






 PENTING :
  1. untuk pembacaan sekali imbas sebelum periksa objektif.
  2. untuk subjektif/esei, pastikan korang ingat segala function dan gambar setiap organelle.
  3. tapi sebenarnya lama-kelamaan, korang akan jadi expert dalam bab ini sehingga korang tak payah sentuh dah bab ni.
 


PENTING :
  1. ingat betul2 fakta2 di atas berserta contoh dan gambar sebab mostly banyak masuk objektif.


CHEMICAL COMPOSITION OF CELL













PENTING :
  1. short form: subs=substances, carb=carbohydrates, a.a=amino acid, monosac=monosaccharides, disac=disaccharides, polysac=polysaccharides
  2. chemistry symbols: C=carbon, H=hydrogen, O=oxygen, N=nitrogen, S=sulphur, P=phosphorus, H20=water
  3. mesti baca tiap2 kali nak masuk periksa objektif sebab soalan chem comp. mesti keluar dalam 4 5 soalan and korang takkan dapat jawap kalau korang tak baca.


ok, cukup dua tajuk itu dulu untuk hari ini. Nanti kalau rajin, aku upload lagi nota tajuk2 lain, kay?

Barakallahu fikum..


31 comments:

Najiha Aqila said...

cantik nota ! sgt berminat <3

KucingMelukis said...

hehe.. tengs :)

Anonymous said...

hii tuan blog,.. sy nk guna nota ni nk tmpal kat dlm kelas bleh..tq :)

KucingMelukis said...

Boleh je.. moga bermanfaat utk spm :)

Anonymous said...

wahhh..comel2.. upload la bnyk2 lgi ..warna warni ..best2..

zidotaki said...

terima kasih.. coz sediakan nota minmap yg colourfull .

Starlette Strange said...

yay, nota yg dah bbulan-bulan tak jln akn jln mlm ni!!!
terima kasih.

Ikhma Maa said...

found this. thanks :) its really help me.

DoktorKartunis said...

Sama2 :) Belajar rajin2!

Anonymous said...

Wah. Hebatnya teringin nak buat nota sendiri

JePo said...

Good Luck buat nota sendiri! In sya Allah, Allah permudahkan..

Anonymous said...

terima kasih kak,nota akak sangat berguna :)

Aishah Fish said...

asskum,akak ni nota biology form 4 chapter 2 kan?

JePo said...

Aishah Fish, akak xingat lah chap 2 tu tajuk dy apa. Tapi ini nota utk cell organization & cell composition. Rasanya cell composition tu chap awal2gak. Tp, akak buat ni dari buku teks, so insyaAllah dalam silibus lagi.

najihah said...

akak yg bab respiration ade tak. yg aerobic dn anaerobic bagaii

Anonymous said...

this will really helps me a lot . thank you .can I copy this . I am SPM victims this year . hehe . thank you .

Anonymous said...

excellent!!!! thankyou may Allah bless you.

Lucas Ting said...

Wow beautiful notes! I love it. Do check up my blog to settle a common problem in Form 4 Chapter 2! Hope it helps!

Hannie said...

can i take these notes? with full credits? i think i will understand more if i use these notes... :)

Anonymous said...

kak . ada chapter 3 form 4 x ? pls ...

JePo said...

Go ahead Hannie, i sincerely dont mind at all.

Kepada si anonymous, Im soo sorry i dont have more notes :(

syiqeen said...

Tq akak! untungah, tulisan lawa, kreatif pulak tu. Sy guna ye nota2 ni ^^

Anonymous said...

Track Parcels/Posts/Ems/Cargo/Containers with DHL,UPS,TNT,FEDEX,DTDC,ARAMEX and many more in one place. http://www.trackmypacks.com/

Anonymous said...

assalamualaikum kak, I just found your blog with these interesting notes. like it!! :)

ana azhar said...

thanks...bab 3 form 4 ade x??

Fatin said...

Alhamdulillah. Nota sangat cantik dan membantu saya ulangkaji untuk SPM. Nota akak ni buat saya semangat nak study Bio. Thanks sangat sangat !

Anonymous said...

Bagus. Nota awak memang kemas. Tq btw

Anonymous said...

Akak ada note form 4 chapter 7 n 8 ade tak??

bambam arefa said...

post la lagi...chapter lain...suke baca nota cik blog����

Amirah Zulrizan said...

thanks,, very helpful. aq mmg suke buat nota wrne wrni and ad kartun. bleh tiru x? mintak halal hihihi thank u very much ^^ assalamualaikum

Anonymous said...

Boleh buat dalam bahasa melayu