"Belum tibakah masanya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingati Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik." [Al Hadid, 57 : 16]

Friday, 29 June 2012

Melukis untuk banyak benda.

Bismillah..



melukis untuk kosongkan otak sebelum kelas bio.

rujukan : notepad kecik yang adik aku dapat dari booth Gempakstarz masa pesta buku PWTC.


~~~~~~~~




melukis untuk hilangkan bosan apabila class tiba2 cancel.

credit to Syuhada for being my bidan-terjun model.


~~~~~~~


melukis untuk express-kan tension kelambakkan assignment yang datelinenya semua dekat2.

And.. if you're wondering what she's wearing around her head, well that's a towel. Tuala.. benda yang kami pakai bila malas pakai tudung nak keluar sidai kain. Ada masalah? Masih tutup aurat, kan?


~~~~~~~




dan... melukis untuk penuhi request kawan!


(aku tak pandai sangat lukis potret orang nih)


okeh.. back to assignment ctis 07.


Wednesday, 27 June 2012

A wet cliche..

Bismillah..
Dia lah yang memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir), dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia yang menjadikan awan tebal yang berat (dengan air).

Dan Dia lah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Dan Dia lah juga yang menghantarkan petir, lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan Allah (dan kuat kuasaNya) Padahal Ia Amat keras azab seksanya.
(Surah Ar-Ra'du, 13 : 12-13)

.....

Waktu tengah hari, hari Rabu
“Tasneem! Kau ke yang lukis ini?”
Anith menunjukkan lukisan ‘Doa Semasa Hujan’ dalam sketchbook aku.
Aku angguk. “Ha’ah. Tu doa masa hujan, Allahumma shoyyiban nafi’aa..”
Anith terus tadah tangan dan aminkan…. Spontan.

…..

Petang itu,
Hujan turun dengan sangat lebat
Berserta dengan guruh dan petir
Maka, Anith cakap dekat aku dengan penuh takjub dan ‘wow’nya
“Tasneem, doa kita makbul lah!”
Alhamdulillah…

……

Selepas habis kelas
Semasa nak pergi usrah bersama Kak Lin di Kopitiam
Terdetik untuk baca “Ya Allah. Turunkanlah hujan yang bermanfaat..”
Di kopitiam
Intipati usrah berkisar tentang ayat 12 -13 surah ar-Ra’du
Mengenai hujan, guruh dan petir
Terasa cliché di situ..

……

Balik dari usrah, nak singgah ke Mydin,
Hujan mula turun lagi
Renyai-renyai kemudian lebat
“Alhamdulillah, Allah makbulkan lagi..”
Terasa semacam di tengkuk..

……

Hujan yang bawa manfaat
Turun meredakan jerebu di Shah Alam
Memberi malam yang sejuk untuk tidur lena
Sangat suka bau rumput selepas hujan, sangat fresh!
(even rumput depan Mydin pun bau fresh gak!)


(dan ada orang tercicir gambar di depan Mydin.. kesian)

Saturday, 23 June 2012

Graduate!! Jerebu. A Good Life...

Bismillah
Assalamualaikum.. :)

Cool, kan?

Do you believe it? - Aku dah graduate! Hanya sebulan di Intec, and I had graduated last friday! Like, hooyah!
Jangan tanya aku bagaimana dan kenapa..
Dah HEP cakap hari Jumaat lepas budak2 MEP graduate, so so.. Kami graduate lah!
Tapi sekadar title aje lah.. Alumni Intec
But we're still studying here, attending class like always.. 

oh, dan esok ada kuiz Bio AND physics!!!
Pun ada masa nak pergi lab utk online.. :P
So, study laa Tasneem oit!


~~~~~~~~


Sedikit perkongsian.. utk kita yang mudah terlupa.

Telah tampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; Allah mengkehendaki agar mereka merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang lurus).
(Surah ar-Rum, 30 : 41)

Jerebu! Lately Malaysia dilanda jerebu yang teruk, kan?
Ever thought that the Jerebu is a message from Allah that we need to return to His rightful path?

I never thought of it, until I stumbled upon this ayat.

Madam Fatma, my lecturer Bio once said that,
badan kita ini sebenarnya tak perlukan apa2 ubat, drugs or whatever modern treatments untuk cure segala penyakit,
dengan hanya sistem pertahanan dan cellular transport system dalam badan kita sudah cukup untuk ubati segalanya
tapi disebabkan kerosakan yang manusia buat kepada alam, dan badan kita sendiri
sedut udara kotor, Mac D, chocs.. all those junkfood

disebabkan perbuatan tangan kita sendiri
penyakit yang pelik2 muncul
dan ubat yang pelik2 juga lah yang diperlukan oleh badan kita untuk atasi penyakit2 ini

Dan sebenarnya,
waktu sakit merupakan satu nikmat di sebalik ujian
kerana waktu itu kita akan berpaling kepada Yang Maha Esa
untuk sembuhkan sakit kita

see the returning to the rightful path?

dan Jika kita ikut cara hidup yang telah diajarkan oleh Rasulullah
maka for sure kita akan hidup dengan lebih sihat, compared to now

sekadar peringatan buat diri sendiri yang mudah terlupa..
(nama roommate pon kadang2 tertukar..ish ish) 

Doakan tarbiyah Allah sentiasa memimpin hidup kita seharian..


~~~~~~~~



I'm studying biology almost every night
and Physics almost every other night
and still finishing Neverwhere by Neil Gaiman
and Hari-hari dalam Hidupku by Zainab al-Ghazali
and still watching Safe House, John Carter, 1 litre of Tears
Coraline, The Adventure of Tin Tin, Courageous..
and eating Kue Teow Kung Fu almost every evening
and Char Kuey Teow on every other evening

this is gonna be a good life?
Right on One Republic, alhamdulillah..


~~~~~~

I drew and sketched a LOT
(Kijiya kuuuut!!!)
but there's no scanner here so... :(

Usrah. A thought.


Bismillah
Assalamualaikum




Kenapa aku nak join usrah?

Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Islam); (sesuai) fitrah Allah disebabkan dia telah menciptakan manusia menurut (fitrah) itu. Tidak ada perubahan pada ciptaan Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui,

Dengan kembali bertaubat kepada-Nya dan bertakwalah kepada-Nya serta laksanakanlah solat dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah
(Surah a-Rum, 30 : 31-32)


Sebab aku mahu kembali kepada fitrah aku, iaitu Islam!
Usrah itu hanyalah satu cara untuk mencapai matlamat itu
Jika cara itu datang dalam bentuk ceramah, tazkirah, youtube UAI, nasyeed etc..etc..
Maka apa salahnya? Apa bezanya?

Sebab aku mahu kembali kepada fitrah aku, iaitu Islam!
Kalau diucap bukan dari hati yang ikhlas
Sekadar meniru kata2 orang lain,
Maka apa beza kita dengan robot yang dalamannya besi sejuk?
Mahukah kita sekadar menurut tanpa berfikir?

Berfikirlah..
Apa gunanya Allah memberikan kita akal kalau tidak untuk kita berfikir?

Ikhlaskah kita menghadiri majlis agama?
Kalau ikhlas kenapa terasa malas?
Kenapa sengaja lanjutkan tidur sehingga terlepas ceramah, atau kelas agama?
Kenapa fikiran melayang entah ke mana sewaktu penceramah memberikan kata2 peringatan?

Okay, tak ikhlas..
Jadi?
Biarkan camtu sahaja?
Mahukah kita menjadi orang yang sedar dia sedang buat salah, tapi masih melakukan kesalahan itu?
Seakan-akan orang yang tahu dia sedang makan tahi tapi dia masih makan tahi..

Berfikirlah,

Kenapa aku perlu hadir ke majlis agama?
Fikirkan sebab yang kukuh untuk mengukuhkan hati kita
Untuk lawan godaan syaitan

Dalam berfikir, perlulah ada panduan
Panduan Al-Quran dan As-sunnah
Agar tidak terpesong
Kerana jiwa yang sedang menghadapi konflik iman
Adalah tersangat rapuh, sangat vulnerable
Menjadi tumpuan syaitan untuk memesongkan aqidah

Jadi,
Dekatkan diri dengan Quran
Kerana dalam Quran ada segala jawapannya, segala penawar
Jangan takut untuk baca tafsirnya
Jangan takut untuk hadapi kebenaran
Berfikirlah sejenak,
Di akhirat kelak,
Tak takutkah kita untuk membaca catatan malaikat yang kita takut untuk baca al-Quran?

….
….

Selamat berfikir!

Sunday, 17 June 2012

The Cheap Bistro!

Bismillah
Assalamualaikum..:)

Alhamdulillah.. 

Setelah 2 hari kepala macam nak meletup, akhirnya siap pun blog untuk assignment computer literacy.

Well, welcome to The Cheap Bistro!

It's about all you can eat! A blog literally made untuk buat korang meleleh air liur.. :D





Can you smell the sweetness of our blog? ^^

Friday, 15 June 2012

Assignments. A nurse.

Bismillah.
Assalamualaikum.. :)


credits

the assignment for computer literacy is to make a blog. 
So, dengan tak semena-menanya aku kena buat satu lagi blog.
aaand.... once again kena melemaskan diri dalam html
cause creativity counts as mark for the assignment

eheh,

alang2 dah ada belambak blog template dalam laptop
tiba2 tangan gatal nak tukar layout blog
haha..


~~~~~~~~~



Hujung minggu pertama di intec.. aku balik rumah.(sebab esoknya abang nak bertunang).



" Tahniah, Dr. Tasneem!

Jadilah seorang doktor yang beriman dan segala perawatan yang diberi kepada pesakit sentiasa kerana Allah,
bukan kerana terpaksa walau kadang kala terasa terpaksa..

Layarilah kehidupan sebagai ahli perubatan mengikut Islam.. "


from,
SN. Al faiz


*senyum* this is from my cousin, faiz.
SN is Specialist Nurse.

waktu awal2 masuk intec dulu, dialah orang pertama yang bagi aku hadiah
sebab berjaya dapat medic Jordan.

Hadiah tu berupa sebuah buku,
buku Fiqh Perubatan mengikut Islam.
I longed for a book like this for a long time!

Buku tu dibalut dengan cara seorang nurse yang clearly takde masa nak beli pembalut hadiah maka digantikan dengan kertas A4 biasa. haha!

dan mesej di atas, ditulis tangan pada pembalut (A4) hadiah itu..

Terharu...

Kata Faiz,
kebanyakkan doktor dan nurse yang bekerja bersama dia sekarang
selalu tinggal solat atas alasan sibuk bekerja
padahal waktu lenggang yang ada,
diisi dengan santai lepak dengan kawan

Ramai doktor hilang budi bahasanya apabila sibuk bekerja
Tengking herdik rakan sekerja di depan pesakit
dan tengking pesakit jugak
clearly inappropriate..

Dalam perjalanan dari PPUM ke rumah,
banyak benda yang dipesan
..

dan banyak kuiz medical jugak yang di-fire away!

"Faiz! Manalah kita tahu, kelas pun tak mula lagi!"


haha, oh, and Faiz is still just a student in his last year studying nursing.
Dia tulis SN tu cam cita2 dia lah.
Like sekarang ni aku dah gatal tulis kat whiteboard bilik : Dr. Tasneem.
Haha..


~~~~~~~



Assignment untuk Introduction to Islam and Medicine :
Analisis Ayat2 Al-Quran Tentang Fizik dan Biologi

I was like, oh yeeaaaah! Alhamdulillah...
suka..suka...sukaaaa sangat!

so, currently dalam misi to be awed and fascinated by the miracles of the Quran!

Fillah!

Ahli group assignment bertanya, "Tasneem mesti dah khatam tafsir kan?"
"Erk... belum.."


=.="


Allah is telling me through my friends to read the Quran and its meaning daily with passion and istiqamah! Jangan malas!
Alhamdulillah..

Tarbiyah Allah itu sangat indah, kan?

Friday, 8 June 2012

Khusyuklah dalam solatmu..

Bismillah.
Assalamualaikum.. :)



Dan bertawakallah kepada (Allah), Yang Maha Perkasa, Maha Penyayang.Yang melihat engkau ketika engkau berdiri (untuk solat). Dan (melihat) perubahan gerakan badanmu di antara orang-orang yang sujud. Sungguh Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui. Mahukah Aku beritakan kepada mu, kepada siapa syaitan-syaitan itu turun? Mereka turun kepada setiap pendusta yang banyak berdosa, mereka menyampaikan hasil pendengaran mereka sedangkan kebanyakkan mereka orang-orang pendusta. (26:217-223)

Astargfirullah..
Ayat yang Allah bagi tepat apabila aku memerlukannya..
Subhanallah, tarbiyah Allah itu sangat indah :)

Sunday, 3 June 2012

Half is beautiful.

Bismillah
Assalamualaikum.. :)


Done : 19/05/2012

Sketch by Hand. Edited with Photoshop.

Saturday, 2 June 2012

Blowing Bubbles

Bismillah
Assalamualaikum.



Done : 20/05/2012

Sketch by hand. Colored with Photoshop cs3 (the pink bit). Edited with PhotoScape.