"Belum tibakah masanya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingati Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik." [Al Hadid, 57 : 16]

Tuesday, 5 November 2013

Hijrah. Awal Muharram.

Bismillah.



(Lagi 5 minit kena belajar.)


Poster Hijrah sempena Awal Muharram



Cuma terasa lama sangat tak melukis. Itu bukan saya yang lukis, masya Allah.. hebat sangat tu! Saya hanya ambil gambar dari internet dan edit.


"When we hit our lowest point, we are open to the greatest change." -The Legend of Korra-


"If you wait, all that happens is you get older." -Larry McMurtry-


Yes, the words hit me hard all the time I was editing this. They still are. Hope they do the same to you.
And yes, I'm a fan of Avatar the Last Airbender (the series, not the movie though)


Ok.. belajar.
Pharmacology, 13.30 pm. Esok. 
Ya Allah.. permudahkanlah......


Monday, 4 November 2013

Checklist Exam.

Bismillah.



Fatrah exam. Pharmacology lagi 2 hari.


Then again, bila laa sebenarnya pelajar medic ni pernah tak dalam fatrah exam? Lepas first exam ni, selang 2 minggu gitu je dah second exam. Kalau cakap kat diri nak treat myself dengan movie selepas semua exam habis, maka bila sebenarnya?


Nerd terpaksa.


Study marathon dari pukul 3.30 pagi. Rancang nak sambung gagah sampai malam, tapi rasa nak muntah waktu petang. Syahid, otak takleh go on dah, maka bantal dipeluk, selimut ditarik, dan alarm langsung tak dengar.


Medic ni kalau nak sumbat semua masuk kepala, masya Allah.. langit bawah, tanah atas! Tapi markah tinggi? Hazha min fadhli rabbi.. ini semua pemberian dari Tuhanku. Sebab serius kalau nak ukur ilmu dalam kepala dan bandingkan dengan ilmu yang ditanya atas kertas periksa tu... -.-"


And this is just second year... *music seram*


Checklist sebelum masuk dewan periksa:

  1. Ilmu.
  2. Keberkatan.
  3. Kebaikan.

Ilmu tak pernah rasa cukup untuk menempuh exam. Keberkatan? Janganlah bawak hati yang masih bermasalah dengan manusia untuk masuk dalam dewan. It's a HUGE thing, keberkatan. Mama, abah, family, lecturer, kawan, pak cik kedai, budak kecik makan cuzin sebarang jalan. Jangan buat-buat terlanggar budak tu sudah..
(cuzin = kedai aiskrim sedap kat Jordan)


Kebaikan? Sebelum masuk dewan, selalu tanya diri, "Apa kebaikan yang aku nak offer pada Allah supaya Allah tolong aku?" And always, always I found so little, if there were at all. Lepas tu berdebar. Habislaa Allah tak tolong aku.... Tapi Allah Maha Penyayang. Dia tolong gak.. *terharu*


Semakin dekat nak exam, semakin banyak pengorbanan perlu dibuat.
Banyak gaduh, banyak malas.
Banyak makan, banyak sakit.


Tapi still takat tu je ibadah kita, kan?
Nah sejibik.