"Belum tibakah masanya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingati Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik." [Al Hadid, 57 : 16]

Monday, 23 December 2013

Tak Tahu.

Bismillah.



Saya tak tahu apa yang kamu dah lalui.
Kamu pun tak tahu apa yang saya dah lalui.
Dan kita saling buruk sangka antara satu sama lain.
Masing-masing dahulukan perasaan sendiri, masalah sendiri, pengorbanan sendiri.
Tanpa fikir, dia juga ada masalah dan pengorbanan dia.


Walaupun nampak mustahil, tapi saya dan kamu berbeza.
Cara kita berfikir dan hidup berbeza, dan Allah pertemukan kita untuk tampal mana yang berlubang,
jahit mana yang terkoyak.


Buruk sangka itu memakan hati sendiri. Walau pada hal yang sangat kecil.
Jangan hitamkan lagi hati dengan kata-kata hasutan syaitan:
"Sampai hati dia buat macam ni?"
Tenangkan diri, dan terima apa yang Allah dah bagi berlaku.
"Adalah tu sebab dia buat macam tu..."
Sebab wallahi cara Allah atur setiap apa yang berlaku sangat indah,
dan diluar jangkaan kita.


Boleh jadi kamu buat sesuatu ini, buruk di mata saya, kerana saya berhati busuk,
Tapi sebenarnya mulia di sisi kamu, kerana kamu tahu niat sebenar dirimu.


Baik sangka itu indah. Hati akan terasa tenang sentiasa.
Masalah datang, kita tepis: "Adalah tu sebabnya...."
Atau kita sentiasa boleh cuba baiki. Dakwah. Slow talk.


Allah jadikan kita berbeza, untuk bersatu. Bukan berpecah.
Not one piece of puzzle is the same as the others. But every single one is meant to complete each other.
Macam tu jugaklah kita. :)




....................................
Terfikir waktu tengah masak. Bukan ditujukan untuk sape-sape. Just random thoughts. Like that one day, otak kusut sangat lepas kelas, so dalam coster nak dengar Al-Quran, pasang laa earphone, then baru teringat tak copy lagi surah-surah masuk dalam phone. Jadi dengar instrumental piano instead.


Then orang sebelah bawak keluar Al-Quran dan baca.


Tersentap. But then terfikir, kalaulah, kalaulah niat dia nak tegur saya supaya kurangkan dengar lagu2 lagha, adakah dia terfikir yang sebenarnya saya nak dengar Al-Quran tapi tiba2 takde dalam phone?
atau adakah dia terfikir yang saya takleh baca hatta satu ayat pun dalam kenderaan yang bergerak kalau tak nnt saya pening satu hari terus?


Then saya terfikir, kalau saya jadi dia, dan nampak orang pakai earphone, apa first impression saya?
Bersangka baik, atau buruk?


Allah aturkan semuanya dengan indah dan bijaksana. Sesuatu yang kita nampak buruk, dan tak pernah sangka yang benda tu baik, hakikatnya benda tu baik. :)


Jadi belajarlah untuk bersangka baik. Tak rugi langsung.


Wallahu 3lam.

1 comment:

Farrah Wahida said...

a nice reminder ,untuk sentiasa bersangka baik :)
Saya pun selalu letakkan diri kita di posisi orang lain dan apa yang org akan fikir pasal kita.